Bila anak tak sihat..

*Azam tak nak ayat campur-campur Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.. try buat ayat BM penuh & BI penuh.. tak mo campur-campur.. meh kira mana yang tercampur..

Risau, risau, risau..! tak ada perkataan lain untuk bagitau bila anak tak sihat.. keadaan sekarang nie dengan penyakit H1N1, semua orang terutamanya yang beranak kecik mesti risau.. kawan-kawan pejabat ada je yang cuti sebab anak sakit.. aku & suami pun tak terkecuali.. seminggu Luqman selsema & batuk takda demam, makan antibiotik ada kurang sikit.. lepas tu Amaar pulak demam, selsema & batuk.. tiba-tiba jumaat lepas Luqman demam.. cepat-cepat bawa ke klinik, demam sikit suhu 38 celcius.. malamnya balik kampung mentua.. letak cooling patch(1) kat dahi, ada reda sikit..Esok pagi pukul 6.15 lepas solat Subuh badan Luqman panas sangat! Sampailah ke petang tak reda-reda.. he got cranky & all.. he's never been like that before (jarang dia demam, alhamdulillah, berkat susu ibu.. insyaAllah..).. minta pendapat adik aku, Azra dia kata bawa gi hospital.. dengan selekehnya aku ke hospital (ahhh.. tak kira selekeh ke tak..). Terdekat Hospital Pontian.. lama tunggu.. hmm.. nak buat macam mana, tunggu jer lah.. bisik aku pada suami, "Bang.. kena buat cepat-cepat medical card Luqman, I don't wanna wait anymore like this after this..". Punya lah mama & abah tak da masa nak jumpa ejen nak buat kad perubatan & skim perlindungan untuk Luqman.. sian anak mama sorang nie.. abang Amaar awal-awal lagi dah buat.. His temperature was 39.8..! I was so suprise..! Patut lah Luqman asyik tersentak-sentak.. siannya Luqman.. jangan kena sawan sudah.. sepanjang perjalanan, aku berdoa tak berhenti-henti.. jangan jadi apa-apa kat Luqman..


Penyabar cayang mama nie.. kuat ya sayang..


Sedihnya hati tengok anak yang aktif & ceria jadi melepek macam nie..


Sebelum kena cucuk masuk air

Pendekkan cerita, akhirnya Luqman ditahan di hospital 2 hari.. alhamdulillah selesa hospital (tak semua hospital kerajaan tak selesa rupa-rupanya..).. ada katil untuk anak & ibu.. ibu tak tido atas kerusi rehat.. alhamdulillah..

Encem boyku kena masuk air.. misi tu tak aci.. tak bagi aku tengok anak aku kena masuk jarum sebelum masuk air.. aku cuma dengar encemku menangis sekuat hati.. isk.. isk.. hiba sungguh.. ada 14 kesan cucuk.. semua gara-gara tak dapat cari urat.. hmm.. malam tu, anakku tido akhirnya sebab terlalu penat.. bermula lah episod tak tido malam.. aku gerenti semua mak pun macam tu bila anak tak sihat.. tapi aku takut juga tak terjaga sampaikan mak aku mesej "Along jangan nyenyak sangat ya tidur malam nie..". Oh mama.. memang dia paham benar aku.. dia tau aku terlalu penat sangat..


Tenang tengok muka dia..


Oh bulat ku.. lena akhirnya..


Pedihnya hati..

Memang ada katil disediakan, tapi aku nak Luqman tido sebelah.. nak dia rasa selamat walaupun dia tido dalam katil dia sendiri kat umah & supaya aku senang rasa suhu badan dia.. aku baca surah Al-Anbiyak ayat ke 69 tak berhenti & surah Al-Fatihah sambil letakkan air kat tuala yang aku balut kepala Luqman.. Terjaga jer aku buat.. tak kisah lah aku penat pun, sakit badan pun, janji dia cepat baik.. Suhu badan turun, tapi masih lagi tahap bimbang.. 39.4, 39.1 dan akhirnya 37, 36.4.. leganya hati.. tapi belum boleh keluar hari Ahad tu..

Aku rasa insaf sangat.. anak aku baru demam panas.. macam mana lah ibu-ibu yang ada anak sakit kronik.. betapa tabahnya mereka.. doaku setiap hari, sejahterakan lah anak-anak di dalam dunia ini, semoga mereka sihat & ceria supaya mereka boleh belajar, bermain dengan gembira.. Amin..

Selain dari berusaha dengan cara perubatan moden, kita jugak boleh cuba gunakan pendekatan rohani (mak aiii bunyi macam penceramah bebas pulak.. ekekek).. tapi tak da rugi apa pun kalau cuba kan? Ikut lah agama masing-masing.. tapi kat sini nak kongsi cara perubatan Islam yang aku tau..

Bangun pagi dah tak da demam lagi.. alhamdulillah..


Mata sembab nangis banyak sangat


Amik darah kat situ.. dia plak sibuk nak hisap kapas tu.. geram sungguh! tapi mama happy anak mama dah guling-guling semula..!


Malam kedua di hospital

Baca pada orang yang demam atau kita yang demam & kalau anak yang demam.. sekerap yang boleh sehingga baik demam..
1. Sentiasa baca Surah Al-Anbiya' Ayat 69. Senang jer.. pendek..
Maksud ayat "Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada
Nabi Ibrahim" - kisah semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaum apa tak ingat..
2. Amik air sambil lap pada badan baca Surah Al-Fatihah & niatkan ia jadikan penawar..

InsyaAllah, demam akan kebah..

Seronoknya berguling-guling dengan Luqman..!

Tunggu nak discharge (2)..

Muka gembira nak keluar hospital..! yay..! mama tak mandi masa nie.. ekekek..


Akhirnya.. sian dia.. rindu ek.. anak bujang ku, Amaar makin besar & cheeky (3)..!