Keraguan Itu Penghalang..!

Keraguan... Was was... Sangsi... Syak.. Doubt..

Dan apa-apa lagi yang seerti dengannya..

Ia berupaya membuat seseorang itu terhenti untuk mendapatkan matlamatnya...

Keraguan itu memperlahankan langkah seseorang ke arah kejayaan..

Keraguan itu berupaya membuat seseorang itu kecundang di tengah jalan...

Manusia memang takkan lari dari sifat ragu-ragu.. hesitation; come and go..

Adalah sifat syaitan yang sentiasa menghasut manusia untuk sentiasa berada di dalam keraguan.. dan keraguan ini boleh mempengaruhi keputusan.. jika pada asalnya keputusan itu terbaik untuk diri anda, boleh merubah kehidupan anda kepada kehidupan yang lebih baik tetapi syaitan akan membisikkan kepada anda "ohhh.. benda tu susah.."... "buat ape nak buat benda tu semua.. sekarang dah relax, nak pegi menyusahkan diri buat ape..?".. "alaa.. ko yakin ke ko boleh buat semua tu..? kalau tiba-tiba ko join, tapi tak jadi, haaa ape cita..??".. "alaa.. ko yakin ke orang tu boleh tolong ko..?".. dan sebagainya lagi..

Islamic Tazkirah Online menyatakan..
"Ragu-ragu itu, bahayanya apabila ia bukan setakat menyukarkan seseorang menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara, malah pada satu tahap mengakibatkan hati tidak tenteram".

Al-Quran ada menjelaskan perkara ini, antaranya ayat dari surah an-Nas, antara lain bermaksud: "Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."

Islam menuntut ummatnya menghilangkan segala keraguan terutama sekali apabila menentukan perjalanan hidup..

"Kebenaran itu dari Rabb-mu, maka janganlah kamu menjadi orang yang ragu-ragu"
Surah Al 'Imran : 60

Umat Islam diajar memohon perlindungan dari Allah apabila didatangi bahaya batin iaitu perasaan ragu-ragu dan ingatan buruk angkara makhluk yang tidak kelihatan, seperti syaitan dan jin serta dari tipu daya manusia.


MACAM MANA NAK BUANG PERASAAN RAGU-RAGU...????

1) Kepada yang beragama Islam, baca surah An-Nas untuk menghilangkan perasaan ragu-ragu.. sebab syaitan punca keraguan itu..!

2) Dekatkan diri dengan Tuhan, Yakin dengan Tuhan..

3) Motivasi diri.. - fikirkan positif, positif, positif..!! aku boleh buat..!!!!

4) Jauhkan diri anda dari orang yang penuh dengan sifat keraguan sekiranya anda takut akan 'terberjangkit' dengan mereka.

5) Susun strategi & set otak anda yang anda akan berjaya..!

6) Ketepikan segala alasan demi masa depan yang cemerlang..!

7) Akhir sekali, pohonlah kepada Tuhan setulus hati minta hati ini tetap & kental dalam harungi cabaran yang bakal tiba..

BANGKIT SEGERA KAWAN-KAWAN..!

JANGAN TOLEH KE BELAKANG..!

YANG HANYA MENANTI KITA MASA HADAPAN YANG KITA TAK TAHU APA YANG AKAN TERJADI..


2 comments:

Al Sunna said... [Reply to Comments]

Assalamu alaikum,

Nice blog, the content in this blog is very useful to the people who are looking out for islamic knowledge.

Azra said... [Reply to Comments]

I agree... Takpe lah... Mudah-mudahan tak jadi lagi lepas ni... Aiseh, rugi rugi...