Biasalah kan.. 3-4 hari makan ketupat, nasi impit, lemang, rendang, masak lodeh, kuah kacang, rata-rata ramai yang kata "huh.. boring dah makan sume tu..".. tu yang kalau tengok restoran-restoran mamak, fastfood restaurant, berduyun-duyunlah orang kat sana.. ehehe.. termasuk lah aku.. tapi kes aku lain sikit.. aku tak puas lagi makan juadah utama hari raya, tapi apa kan daya, sumenye telah 'lesap' ditelan sanak-saudara... huhuhu..
Makanye, aku, hubby & azra ke pekan SB kat Selangor beli KFC... buat menambah-nambah makanan kat umah sebab dekat 30 orang kat umah nenek aku.. ramai orang tak payah lah aku cita, berderet beratur.. hubby tunggu kat luar, lama... gi jalan sana sini dulu sementara tunggu aku & azra abis beli.. dipendekkan cerita, belakang KFC tu ada kedai mamak K.. conversation kami...
Hubby : Kedai mamak K tu ada tampal Gred A; Sangat Bersih.. tapi ape yang bersih pun tak
tau.. Pekerja punya lah ramai, tapi lantai tak bersapu.. air dalam sinki bertakung.. tapi
ramai betul orang makan, banyak yang makan benda yang sama, maggi goreng..
Balik rumah, selesai makan, cerita dengan family.. rupa-rupanya Mamari ku kata, Ustaz Harun Din penah datang ke pekan SB dan penah dipelawa makan kat situ, tapi Ustaz menolak.. katanya kedai tu ada pelaris.. setiap makanan yang dihidangkan dia jelas nampak "taik setan" (sori kasar sikit) kat atas makanan-makanan tu.. Astagfirullah..
Nasib baik hubby tak makan kat situ.. secara logiknya dia tak makan atas sebab kebersihan.. SYABAS..!!! sebab ada orang tak kisah pun pasal kebersihan, janji sodapppp...
Hmmm.. ada 1 lagi restoran kat pekan TPG, menu hot Mee Udang.. katanya pun ada pelaris.. makcik aku sendiri pernah berniaga kuih, sedap kuih tapi malang bukan rezeki dia kat situ, gerai keciknya yang selalu ramai orang, terpaksa tutup sebab atas dasar khianat.. Nauzubillah.. nape ek orang sanggup cari duit macam tu..? Haku betol-betol tak paham..
Pada aku, untuk jadi pandai, untuk ada sahsiah baik, makanan antara punca utama.. makanan yang disediakan dengan baik, bersih, tukang masak ada hati yang baik & bersih, berkhasiat, tanpa perasa, pewarna, orang yang makan tentu sebaik benda yang dimakan.. sebab tu pemakanan Hafiz & Hafizah sangat terjaga, kalau tak boleh tak ingat hafazan Al-Quran..
Aku memang tak bagi anak-anak aku makan jajan.. memang aku tegas dalam hal nie.. aku & hubby ada juga makan masa memandu, setakat untuk menghilangkan ngantuk & bila anak-anak tidur baru makan.. tapi sekali sekala saja.. jajan banyak bahan-bahan kimia seperti Aspartame (artificial sugar; berupaya buat kanak-kanak jadi hiperaktif), MSG, yang bergaram tinggi, tinggi kandungan gula akan beri kesan jangka masa panjang pada kita.. aku memang tak kesian pada anak-anak kalau menangis sebab tak dapat jajan.. biar dia nangis sekarang dari dia menangis sebab ada penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung & apa-apa penyakit lagi lah pada masa depan.. biar aku tak kesian kan dia sekarang, dari aku kesian kan dia menanggung penyakit masa dia besar nanti..
Sapa yang berani bagi anak aku makan jajan depan aku, memang aku halang terus dengan nada tegas.. SUKATI AKU LAH..! ANAK AKU...! AKU YANG MENGANDUNGKAN DIA, AKU YANG BERTARUNG NYAWA MELAHIRKAN DIA..! TOLONG HORMAT KEPUTUSAN AKU, APA YANG AKU TENTUKAN UNTUK DIA...! TAK RUGI SATU SEN PUN KALAU DIAORANG TAK MAKAN BENDA-BENDA TU..! ADA PEHEM.....
1 lagi, Al-Quran dah ada nyatakan, benda-benda yang masam boleh melemahkan daya ingatan seseorang.. secara saintifik, belum tau lagi, nanti aku tanya doktor ek... ehehe.. alhamdulillah aku memang tak suka makan benda-benda masam macam asam, jeruk dan seangkatan dengannya, walaupun aku mengandung, aku memang tak teringin langsung.. kalau rasa nak makan masam, makan limau ke tapi yang tak masam sangat.. so, untuk sape-sape yang belajar, kalau boleh jangan makan asam.. memang payah nak mengingat..
Pendek cerita, makanan sangat penting.. aku sebagai 'Menteri Kesihatan Keluarga', aku bertanggungjawab menjaga pemakanan keluarga aku.. masak dengan penuh kasih sayang, disulami doa dah menjadi rutin setiap kali aku memasak; walaupun penyakit M aku tu melanda ada juga makan kat luar, tapi jarang laa..hihihi..
I consider myself & my sis are lucky to have a mother who are really concern about healthy eating habit.. bukan lah totally, tapi kitaorang ada kesedaran tentang kepentingan menjaga pemakanan.. sampai sekarang aku tak reti minum air gas sebab mak aku tak bagi minum air gas.. kalau aku nak pun seteguk dua jer, pastu aku rasa tak tahan sebab menyengat sangat..
Dan jugak, aku rasa aku ada kelebihan dalam mengelakkan diri aku dari makan makanan yang tak elok nie, sebab aku ibu yang menyusukan anak sepenuhnya.. aku tak la kira kalori aku setiap kali aku makan, sebab aku rasa memang aku dapat capai atau terlebih kalori (sebab aku makan banyak.. hihii.. ).. Tapi yang pasti aku elakkan dari mengambil makanan tak berkhasiat.. Bak kata Kaunselor Laktasi dr Sarakids, Farah, "kalau sekalipun kita tak nak ikut piramid makanan, paling tidak, elakkan makan makanan yang tak berkhasiat, jauhi junk food..!".
Panjang lebar aku bercerita pasal makan ek.. ehehe.. sebenarnya aku sendiri mengingatkan diri aku sendiri.. aku juga ada kelemahan bab-bab makan nie.. sebab aku sukaaaa makan & aku makan banyak.. ehehehe.. aku sendiri suka aiskrim, coklat.. tapi pandai-pandailah control..
Ok lah.. pasnie sama-sama lah kita muhasabah balik eating habit kita, wokeh? yang mana memang ada tabiat makan yang baik, SYABAS..!! yang mana, belum ada, boleh mulakan perlahan-lahan... yang sihat, yang bahagia, diri kita jugak kan..??
YOU ARE WHAT YOU EAT...