Nak Anak Lembut Hati..??



Hari ni ada mood pulak nak balik umah masa rehat tadi.. sempat lah tengok Al-Kuliyyah..

Segmen Doa & ape tah 1 lagi tu bagus.. kali nie pasal tips untuk melembutkan hati anak, suami, sape-sape lah.. tapi biasa la jadi ibu nie, memang lah nak anak jadi yang terbaik..

Takutkan kalau anak kita jadi bukan seperti yang diharapkan.. Nauzubillah.. bak kata penceramah tu.. anak adalah pelaburan dunia & akhirat.. yelah.. doa anak salah satu benda yang dibawa ke mati..

Nak share lah sikit ape yang sempat aku ingat..

Tips Pertama
1. Sebagai parents kita kena dekatkan hati anak dengan Allah.. biasakan anak tu sebut nama Allah, zikir, kenal & sayang Allah.. salah satu yang aku buat, dalam kereta ada cd zikir Ustaz Munir.. Amaar dari kecik sampai ada Luqman, cd tu jugak lah yang setia kitaorang mainkan..

2. Penceramah tu kata satu benda yang paling senang, biasakan anak baca Bismillah sebelum mulakan makan & akhiri dengan Alhamdulillah..

3. Makanan yang diberikan pada anak-anak tu pastikan bersih & dijauhi syaitan.. sebab tu lah aku paling anti JAJAN..! Aku benci tengok anak-anak aku makan benda-benda tak elok tu.. preservatives, gula tinggi, garam tinggi, pewarna.. eee..! aku paling marah sekali bila ada orang bagi anak aku makan yang bukan-bukan.. macam nak sepak pun ada.. wei anak aku, aku punya suka lah nak larang dia makan benda-benda tu.. heee.. tak hormat pendirian orang langsung.. macam mana lah aku nak hormat pendirian diorang..?

Ops..! Ter'emo la plakk..

Tips Kedua
1. Baca surah As-Syura ayat ke 19.. kat chanel 106 time Indahnya Iman ada.. yang bermaksud..

"Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa".

2. Kalau ada ibu ayah yang terkecil hati dengan anak, malam tu Solat Taubat 2 rakaat & Solat Hajat 2 rakaat.. abis solat, baca ayat ke 19 Surah As-Syura beberapa kali, sambil niatkan lembutkan hati anak, biar mereka mudah solat, jadi anak yang taat kepada Allah & ibubapa, jadi anak yang pintar & segala macam yang kita nak dia jadi anak yang baik, kita doakan.. Bayangkan wajah anak-anak kita.. minta sungguh-sungguh & pasrahkan hati kepada Allah SWT.

3. Tiap-tiap malam sebelum tidur, pegi ke bilik anak usap kepala anak sambil baca Ya Latif, Ya Latif banyak kali.. tips sebelum nie aku penah kongsi, sambil tu berpesan pada anak..

4. Last sekali.. ustaz tu pesan.. hati ibubapa juga kena lembut.. macam mana anak nak lembut hati kalau hati ibubapanya keras seperti batu..

Mudah-mudahan semua tips yang aku dapat dari tv nie, kita sume amalkan selalu demi akhlak anak-anak kita..

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa... - Pensyarah tu kata.. maaf lah pensyarah.. I tak ingat nama you.. ehhehe..





2 comments:

azi said... [Reply to Comments]

itula kelebihan kalau kita beri susu ibu kan...sambil susu terus kita leh baca ayat2 suci kat ubun ubun anak kita :) teringat semalam, alya wat aku marah. bila aku marah, dia kata "ampun ma" cair gile terus atiku ini...huhuh

Nur Faziha said... [Reply to Comments]

Betul betul betul.. memang ada beza anak yang minum susu ibu.. tu dah pasti sebab walaupun susu, tapi susu ibu & susu formula dari sumber yang berlainan, makanya memang lah ada beza yang amat-amat..

Support Breastfeeding..!