Aku sukaaaa makan... huhuhuhu..

Makan yang berlebihan memang tak digalakkan.. tapi aku ni, nafsu makan.. mak aiihhh.. membuak-buak.. especially makanan yang manis.. bayangkan lah.. setiap minggu mesti aku akan minum Chocolate Cream Chip yang saiz besauu punya siap dengan whipped cream.. tinggi kalori betul..

Ada untungnya jugak aku duduk jauh dari bandar nie, dalam erti kata lain, dalam abis lah tempat aku duduk sekarang nie.. sebab kalau dekat dengan bandar, mesti aku malas masak dan aku beli jer apa aku nak beli.. aku tak kata orang lain tau, aku kata aku jer.. ihihi.. Tekak aku nie suka jer makanan lain selain dari makanan Melayu.. so once in a while I will cook western food that I love.. contohnya macam nie lah.. tapi biasalah.. dengan tak bape cukup peralatannya, aku bedal lah cara aku.. ihih..


Potato Pie..

Bahan-Bahan
- Buat macam kuah spagetti bolognaise
- Kentang; ikut banyak mana nak makan
- Shredded Cheddar Cheese

Cara-cara
- Kuah dia tu, buat macam kuah spagetti bolognaise.
- Rebus kentang sampai empuk. Pastu hiris sederhana tebal.
- Lapiskan kentang & kuah spagetti tu sampai hampir penuh bekas.
- Then letakkan cheddar cheese tu atas sekali
- Bakar 180 degree selama 20 minit, sampai cheese cair & wane golden brown.


Tapi sebab aku terletak kat mana tah shredded aku, so aku potong kiub jer cheddar cheese tu dengan harapan dia cair sepenuhnye.. rupanya idakk ye kawan-kawan... ahahah!! Makanya, makan jer lah cheese yang berbentuk tiub tu.. ahaha.. janji edible..


Ayam Goreng Rempah - Amaar's Favourite..

Bahan-Bahan- Serai
- Lengkuas
- Halia
- Bawang putih- Bawang merah
- Jintan manis
- Jintan putih
- Garam
- Madu / Gula

Cara-cara
- Blend semua bahan-bahan- Perap; aku perap pagi sebelum pegi keje balik tinggal goreng
- Goreng deep fry..

Presentation memang fail lah.. tapi bak kata aku tadi.. janji edible.. ahahah..


Tauhu Sumbat

*Aku bukan lah penggemar tauhu, nak-naknya kalau bukan Islam yang buat, lagi lah aku tak beli.. tapi kat Shah Alam ada kedai nama Az-Zain, dia pembekal barang-barang yang dijamin halal & toyyiban & ditambah dengan aku dapat resipi nie dari mak aku, suka pulak sekarang dengan tauhu..

Bahan-Bahan
- Tauhu
- Ayam/ Udang / Ikan Kembung dipotong kecil. *pilih mana yang nak, so far, 3 bahan ni yang penah aku try & memang kena lah dengan tauhu.. lain-lain tak tau, boleh jugak korang cuba..!
- Bawang putih
- Daun Sup & Daun bawang *nak bagi wangi jer.. sebenarnya nie aku yang memandai tambah sendiri.. berangan nak jadi macam Chef Micheal; Chef at Home tu..
- Garam
- Mayonis

Cara-cara
- Goreng tauhu dulu, dah selesai goreng, tauhu dibelah dua & isi tauhu dikorek; asingkan dalam bekas lain.
- Potong dadu bawang putih, tumiskan dengan ayam/ udang/ ikan kembung (isi sahaja). Letakkan garam sikit.
- Keluarkan dan gaul bersama isi tauhu yang dikeluarkan tadi bersama-sama daun bawang & daun sup
- Sumbatkan balik campuran tauhu & isi ayam/ ikan/ udang ke dalam kulit tauhu. *hubby aku suka aku gaulkan dengan mayonis terus masa nie, tapi yang mak aku buat, dia cuma letakkan kat atas tauhu yang dah disumbat.
- Siap dimakan. Sedap dimakan dengan cili sos ataupun makan macam tu jer dah sedap..!


Dah tinggal 2 bijik baru perasan yang belum amik gambar lagi.. ihihi..


Aku bukan tak suka resipi yang leceh-leceh.. tapi dengan lifestyle aku sekarang nie sibuk ke sana & ke sini, tak praktikal aku sediakan makanan yang leceh disediakan.. yang penting pada aku ialah family aku makan makanan yang aku sediakan, kami dapat nutrient yang cukup (seboleh mungkin cuba sediakan makanan yang ada semua zat), sedap (tu bonus lah, kalau aku masak sedap.. ahahah!) & bila aku kuar jumpa client, aku senang hati sebab aku make sure diorang makan makanan aku.


Biarpun mee goreng aje, takper lah.. janji tak nak makan kat RnR.. kalau siang boleh tahan lagi, sebab baru dimasak, tapi makanan kat RnR time malam, takut makanan yang dimasak dari siang..


Yay!! Siap bekalan untuk keluargaku..! Baru boleh balik kampung (eh.. balik bandar ye.. sebab balik Shah Alam.. ahaha!!)



0 comments: