Tag Penyusuan Susu Ibu..


1. Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?

Susu ibu adalah yang terbaik..! Bayi sepatutnya minum hanya susu ibu selama 6 bulan sejak mereka dilahirkan. Semua ibu perlu menyusukan anak mereka (nak kata wajib, kang tak buat jadi dosa, tapi senang cita, memang semua ibu kena buat sebenarnya).. kenapa? sebab susu ibu adalah makanan yang sangat lembut & halus teksturnya yang mana ia adalah yang paling ngam dengan perut baby.. mudah hadam, tumbesaran bayi jauh lebih baik dari susu formula (memang tak da bandingannya susu ibu nie), memberikan special bond di antara ibu & bayi yang mana ia adalah kesinambungan dari proses seorang ibu mengandungkan anaknya selama 9 bulan, mengurangkan risiko kanser payu dara & kanser serviks pada ibu, mengecutkan rahim dengan cepat, ibu mengandung boleh menyusukan anak & paling utama, menyusukan anak tidak menyebabkan payu dara anda menggelebeh! (oh yer aku memang sangat emo bila orang cakap, "weihh.. tak nak lah susukan anak aku, nanti t*t*k aku menggelebeh).. dan macam-macam lagi kelebihan kalau kita pilih Penyusuan Susu Ibu.

Kerajaan menggalakkan semua ibu di Malaysia menyusukan anak mereka & sebab itu lah di setiap daerah ada kumpulan yang dipanggil kumpulan sokongan penyusuan susu ibu & selain dari itu ada banyak agensi swasta juga yang aktif memperjuangkan isu ini. (waaa.. ayat aku dah kuar ayat surat khabar lahhh.. ahahah).


2. Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
Anak yang pertama, Amaar Muhaimin - 1 tahun 5 bulan (sehingga susu aku kering dengan sendiri kerana mengandung & masa tu aku mengandung 5 bulan) - tak lama pun.. sedih, tapi aku pasrah sebab itu yang dah tercatat dalam Luh Mahfuz.. Kak Kamariah dari Nurturing Concepts pun cakap, redha lah sebab sampai tu je rezeki dia.. uhuhu..
Anak yang kedua, Ameer Luqman - sehingga kini (dia kini berumur 1 tahun 4 bulan).. aku berazam menyusukan dia selama yang mungkin..!


3.Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
Yup.. memang aku pilih Hospital Rakan Bayi.. ape yang aku paham, Hospital Rakan Bayi nie polisinya (sebab aku ada baca polisi tu tapi tak ingat lah semua), tidak dibenarkan membawa sebarang botol susu & pacifier. Ada disediakan pam susu & fride untuk simpan susu ibu bagi ibu -ibu yang mempunyai anak-anak yang dimasukkan dalam jagaan rapi senang nanti nurse bagi baby minum susu ibu yang dah dipam & nurse akan bagi gunakan cup, bukan puting untuk elakkan baby keliru puting. Then baby yang lepas dilahirkan akan diletakkan pada dada ibu sebab baby punya refleksi masa cepat, dia tau dah bau badan kita, nak ke nenen ibu dia (anak-anak kita nak sangat minum susu ibu, tapi ada ibu main tak peduli jer kehendak anak-anak kita masa tu).. dan hospital rakan bayi sangat galakkan ibu rooming in dengan anak (asal nangis jer senang sumbat.. ahahah!!)..


4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?
Ehh.. ada skit terjawab suda kat atas.. takper2.. yang aku tau lah yer.. kalau ada yang silap, tolong bagitau eh.. 1 jam pertama tu sangat penting untuk meransang badan & otak kita mengeluarkan susu melalui payu dara kita.. sebab tu nurse hospital rakan bayi akan letakkan anak kita, ajar kita susukan anak 1 jam pertama selepas bayi dilahirkan. Lambat stimulate, lambat lah badan & otak kita terima signal, lambat lah susu kuar..
Rooming in pulak; ibu tu sentiasa berada dengan anak untuk menggalakkan penyusuan susu ibu dengan kerap.. bila ada demand, ada lah supply.. macam mana kita nak tau demand dari baby kalau baby tu diletakkan berasingan dari kita? sudahnye nurse bagi susu formula & milk production kita kacau lah nanti..


5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.

Hahaha!! Pengalaman masa Amaar dulu memang tak boleh lupa.. ibu muda (chess perasan) dan sangat lah tak tau apa-apa pasal breastfeeding.. yang aku tau masa tu, apa nak jadi, jadi lah.. yang penting aku susukan anak aku dengan susu aku.. pengetahuan lain, tak tau apa pun.. hari pertama & kedua sangat miserable hokey.. dengan inverted nipples.. dengan tak paham lagi nape susu tak banyak kuar.. dengan Amaar baby yang besar, so demand pun lebih asyik nangissss jer.. ada bagi susu ibu (atas kehendak orang lain sebenarnya, aku tak mampu nak melawan masa tu..) dan aku pulak emosi jadi sangat tak stabil sebabnya simple jer, day 1 & 2 susu tak kuar.. aku menangis berjurai-jurai air mata.. masuk day 3, susu dah berlambak kuar tapi Amaar tak nak hisap direct.. aku jadi takut, takut dia keliru puting & takut dia tak nak minum susu aku.. makanya NANGIS LAGI MASA TU..!!! huhuhuh... semua naik risau.. takut meroyan..
Tapi pengalaman dari yang pertama ajar aku bila masuk anak yang kedua.. masa ni lebih relax & dah cari info macam mana nak atasi masalah-masalah tu. Dan dah kenal dengan beberapa orang Lactation Counselor jadi mudah untuk aku refer diorang bila aku ada apa-apa masalah..


6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
Low milk supply, puting luka di antaranya,.. tapi yang paling menyedihkan ialah ini..

EBM terpaksa dibuang sebab MSB tripped..!!! Uwaaaa!!!! Berdozen-dozen lebur macam tu ajeeee!! Tak boleh nak nangis dah masa tu sebab terlalu sedih.. Gambar kat atas stok yang dah berjaya kumpul masa gi kursus 4 hari.. Hotel tu kata dia beku kan.. tapi beku kan pejadah nyee..! Busuk dah EBM aku.. masa tu, sedih lagi!!! Uwaa!!


Hihi.. ni lah dia EBM yang diperah dari orang yang tak bape nak sabauuu.. ahahah!! pump suction main belasah jer maksimum, haa.. kan dah luka! Ceritanya di sini..


7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda ?
Hurmm.. aku sangat berterima kasih pada sorang ibu nie.. aku kenal dia masa pegi Meeting Pengurusan Aset Alih Kerajaan kat PD.. memang Allah nak bantu aku dalam perjuangan aku (cewahh.. memang aku semangat bila cakap pasal breastfeeding..).. tak ingat apa nama dia.. masa tu dia siap dengan segala gadget dia.. ehehe.. dan aku terasa sangat rendah diri.. tapi aku tanya dia, mana dia tau semua pasal breastfeeding.. dia yang bagitau aku pasal susuibu.com.. dan dari situ lah aku mula cari info pasal breastfeeding kat internet & join kelas-kelas yang dibuat
kat sarakids (sebab tu jer yang terdekat dengan umah mak aku.. tapi teringin jugak nak pegi kelas yang Nurturing Concepts buat).


8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
Uishh.. nie lah perkara pertama yang kena siap-siapkan dulu.. lepas abis tempoh pantang susu ibu tetap bagi macam biasa.. cuma bezanya bagi pakai botol susu.. masa pantangkan Amaar aku buat stok 2 minggu sebelum bersalin, memang lahhh tak cukup.. eheheh.. end up kalau aku ada meeting ke kursus ker, memang aku hangkut dia ke mana aje.. beza sangat dengan Luqman, aku dah tau macam mana nak uruskan sebab dah pegi kelas kan.. kena lah buat something kalau betul-betul nak capai matlamat, betul tak? so, dalam masa seminggu pas bersalinkan Luqman, aku dah mula pam susu untuk kumpul stok.. target dalam sehari, paling kurang kena dapat 3 botol susu yang ada lebih kurang 3-4 oz.. hari-hari kira stok.. suka sangat.. aku tak beli deep freezer, tapi tumpang freezer office jer.. so muat lah.. hubby sanggup beli fridge baru yang lagi besar sebab nak muatkan EBM untuk anak dia.. thank you darling..! dan kat pengasuh, memang aku dah letak bottle warmer untuk mudahkan dia panaskan susu untuk Luqman..


9. Kenapa anda menyusukan anak anda ?
Sebab aku hanya nak anak-anak aku dapat yang terbaik.. dan tak ada yang lebih baik dari susu ibu.. dan aku percaya melalui penyusuan susu ibu, ia banyak membantu aku mendidik & membesarkan anak-anak dengan lebih baik, kalau tak, tak lah Allah berikan semua ibu kurniaan itu..


10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa ?
Ya.. bila aku ada ilmu nak macam mana nak jayakan penyusuan susu ibu.. dan ya mudah bila aku bergaul dengan persekitaran yang positif terhadap penyusuan susu ibu.. dan paling utama, ya mudah bagi aku bila aku fikirkan yang ia adalah amat mudah menyusukan anak-anakku.. sebab semuanya bermula dari diri kita sendiri.. aku suka quot.. "You Are What You Think"..

_____________________________________________________

Sesungguhnya ia adalah perasaan yang sangat indah yang telah dikurniakan pada kita wahai ibu.. sesuatu perasaan yang tak dapat nak digambarkan..


Tetap pam walau dimana saja aku berada dan sikit pun tidak ia menyusahkan..

p/s: Aku tag pada semua ibu kat luar sana..




0 comments: