Proud to be one of the students..

PUTRAJAYA: An annual budget of nearly RM1mil besides allowing students to finish school a year earlier were among the “prizes” awarded to the country’s first ever 20 high performance schools. The principals will also be given the option to select 20% of their student intake.

The schools’ management would also have the flexibility to re-assign staff who under-performed, and pay overtime and performance incentives.

In announcing the 20 schools yesterday, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said this was to create innovation in the management of schools and improve students’ productivity.

“These schools will be given the flexibility in their curriculum, student intake and management of staff based on performance,” he said during a press conference at his office.

Citing an example, he said a Year One pupil of a high performance school, who was academically excellent, could be given the option of skipping a year after consultation with his parents.

On the flexibility of the curriculum, he said the schools could make changes after a thorough consultation with all involved, including the ministry and parents.

Muhyiddin said high performance schools would receive a lump sum grant at the start of each school year.

“They could get just below RM1mil to do what they think is needed,” he said, adding that the budget details were being worked out.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said of the 20 schools, 10 were fully residential, four secondary and six primary (see list).

The schools, he added, were selected based on their outstanding academic achievements, extra-curricular activities and niche areas.

Sekolah ku ada kat No 1.. Alhamdulillah.. semoga cikgu-cikgu akan teruskan tugas yang cemerlang & semoga pelajar-pelajar pun teruskan tradisi kecemerlangan senior-senior.. (nak kata aku excellent sangat pun, tak lah.. ahahah!!)



p/s: Jadi movitasi untuk aku..




ONCE IN A BLUE MOON..

The lists below are Top Ten Most Expensive Cities in The World.. Look at number 9..
  1. Luanda in Angola
  2. Oslo in Norway
  3. Moscow in Russia
  4. Stavanger in Norway
  5. Copenhagen in Denmark
  6. Kinshasa in Congo Dem. Rep.
  7. Seoul in Korea Rep.
  8. Libreville in Gabon
  9. Geneva in Switzerland - yeah baby yeah..!
  10. Central London in the United Kingdom
Believe it or not..! Second trip for this year is SWITZERLAND..!!!


OMPUTIH KATA.. ONCE IN A BLUE MOON..

Geneva..

Switzerland has always been known to top the rank of the most expensive country in the world for goods & services.. plus the economic growth the nations has experienced in 2009..
-source from google.com-


Bukan calang-calang company boleh bagi rewards like this cause it takes a lot of RM to take us there.. tak kukuh, takkan mampu company bawak ramai-ramai ke sana.. and I said, RAMAI-RAMAI..

Mesmerizing..

Subhanallah.. cantiknya ciptaan Dia..

And the most important thing is.. IT IS FREE OF CHARGE...!!! Flight tickets for TWO (you can bring 1 person along, seswaiiii untuk hubby & wifey.. pegi berdua, balik bertiga..! ahahaha!! just kidding..!), accomodation, melawat sana sini, all are free, fully sponsored by the company..!!!

But I don't want to go alone..
I want to go with you..!
Yes you..!
The more, the merrier..!

Please don't hesitate to contact me..
012 755 2800

fazi_zizi@yahoo.com

If I'm too far from you, you can contact my business partners.. they are ready anytime to meet you..

Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam
Azra @ 017 378 3414

Shah Alam, Damansara Damai, Kota Damansara,Sungai Buloh
Saudah @ 017 880 2541

Shah Alam, KLCC, Klang Valley
Irda @012 228 3304

Dalam business ni, aku & team tak pakai konsep Touch n Go..
Selagi aku sihat & waras, aku pastikan semua business partners dapat macam mana aku dapat.. InsyaAllah..


p/s: Setiap orang boleh buat apa yang kita nak.. sebab keinginan mengatasi segala-galanya..

I DID IT..! YAY..!!

Ooo.. sudah agak begitu lama aku tidak memblogging.. huhuhu.. to many things to catch up.. and so many things to write into my blog.. tapi apa kan daya..

Anyway.. I'm at my beloved hometown, Shah Alam.. I took a day off.. only my two sons & I.. hubby couldn't make it because he has to work during weekend.. everyone won't let me drive alone with kids (walaupun aku nie forever & ever confident tahap gaban.. ahahah!!).. so the other choice is by belon lah semestinya..

The whole week I've been thinking, should I bring only Luqman & Amaar stays with his abah.. Tak sampai hati aku.. hubby bagi jugak walaupun susah hati, katanya "Abang ada pun Amaar ligat sana sini.. nanti macam mana ayang nak jaga sorang-sorang".. Dah nama pun mak kan.. sanggup redah jugak lah..

Aku tak pikir benda lain melainkan Amaar mabuk..! Ahahaha!! Puas lah aku & hubby nasihatkan Amaar itu ini.. agaknye kalau dia dah boleh hafal pun.. alhamdulillah, Amaar memang tak berenggang asyik pegang tangan aku tak lepas sepanjang naik dari Senai sampailah ke LCCT.. dan Luqman pun tak da meragam telinga berdengung ker ape ker.. aku ada bekalkab ribena pastiles (aku tak suka bagi anak-anak makan apa pun junk food, but I had to this time..) susu Amaar pun dah standby siap-siap.. alih-alih Amaar tak perlukan sume tu.. so tak per lah, lain kali tak yah bawa apa-apa melainkan susu dia.. Luqman pun tak da masalah, aku susukan dia macam biasa & dia happy & terus sepahkan majalah & apa-apa lah lagi kat dalam airplane..

Betapa kecohnye lah hai anak-anak aku.. tak nak buckle seat belt.. Amaar nak berdiri, menangis bila kena buckle.. dah aku terpaksa cerita plak kenapa kena buckle.. kalau sebut Jangan, makin-makin menjadi menangis, makanya mama dia terpaksa cerita panjang lebar beserta sound effect.. dah aku yang jadi penglipur lara kat situ.. huhuhuh..

Tapi, Allah memang telah membantu aku.. ada sekeluarga India, nama dah lupa pulak sape.. cuma ingat nama anak dia Devandini.. panggil Devan.. dia sekeluarga temankan aku sepanjang perjalanan kami.. kebetulan sit kami dekat-dekat.. dia siap tanya aku dah dapat beg aku ke belum..

Kemuncaknye, bila Amaar katabanyak kali "Amaar tak nak balik.. nak duduk kat sini.."... adoyaiiiii... tapi dipendekkan cerita, mestilah berjaya bawak dia turun, tapi mata dia tak lepas-lepas tengok kapal terbang.. then dia cakap "Nanti kita naik aeroplane lagi eh..?".. dan aku cakap "Ok.. pasnie dengan abah pulak..".. FUHHH.. lega bila dah setel sume..

I'm glad that I took the risks (yelah.. bawa 2 anak kecil yang memang tengah ligat, risiko macam-macam yang kalau terjadi, memang aku yang tanggung sorang..)..

Kesimpulannya.. kalau tak penah cuba sesuatu, kita patut cuba.. takut untuk mencuba sampai bila-bila kita takkan tau apa kesannya pada hidup kita.. pada aku tak rugi mencuba, sebab diakhir ikhtiar, aku pasti berserah semuanya kepada Allah.. Dan Ya.. Allah telah membantu aku & anak-anakku sepanjang perjalanan singkat kami.. anak-anak tak buat banyak ragam, pertemuan dengan keluarga India yang baik hati, masa tunggu beg kami tak lama & akhir sekali dapat pulang ke rumah mak aku dengan selamat..

Aku percaya, bila kita berusaha, berdoa & akhir sekali bertawakal, pasti dihujung jalan ada kegembiraan.. sebab itu janji Allah pada kita..

-Aku yang gembira & penat.. ahahaha!!!-

GREAT NEWS..!!


FOR THOSE WHO ARE IN KLANG VALLEY..!



You can now get Premium Beautiful or Bio Aura or Both from my current business partner, Irda..


Ask her anything about those two useful products.. she'd be happy to answer.. and she's a warm person too..!!


Don't hesitate to contact her at:


Mobile : 6012-2283304

email : missynols@gmail.com



We offer installment @ credit card with 0% interest..!

Discount will be given to those pay cash..!

WAIT NO MORE..!

GET THE GOODNESS OF THE PRODUCTS FOR YOU & YOUR FAMILY, NOW..!!




Happy 1st Birthday Ameer Luqman...!!!!


14 Januari 2009..

5 am, tiba-tiba terjaga dari tidur sebab macam nak membuang.. tegak-tegak bulu roma.. then hilang rasa tu.. tido balik.. then ada balik.. ilang.. tido balik.. last skali, aku tak tido dah.. "ish aku sakit ape nie?" (sebab masa bersalinkan Amaar dulu, aku induced).. "kut ker aku nak bersalin nie? ikutkan belum due, tapi dah cukup masa dah..".

Tapi relax dulu.. mandi.. gi beli sarapan.. dan hari tu memang hari pendaftaran pelajar senior.. aku, dah pengalaman kedua nie, aku pun buat selamba lah.. sakit memang lah sakit contraction tu, tapi bila sakit diam.. kalau tak sakit, mencece lah mulutku..

Sebelum pegi hospital, sempat babai-babai rakan-rakan seperjuangan.. ada student kata nak tolong bawak gi hospital lah.. dan baru lah jugak aku tau yang Mie & Nan dok mengumpat aku kata aku berjalan "menghayun" perut time tu.. sabooooo jelah.. begitu sekali kah?

Tu setahun yang lalu..

Sekarang..?
Ameer Luqman membesar bagaikan juara..!!! ehehe.. dia dah mula berjalan sejak 9 bulan, walaupun badan agak hmmphh..! alhamdulillah.. aku tak kisah selagi pembesaran masih dalam 'lane' yang sepatutnye.. janji sihat..

Dan sehingga kini, Ameer Luqman masih menyusu badan secara total..! Alhamdulillah... berkat kesabaran & sokongan dari abang sayang, keluarga & bos (penting nie.. sebab dia bagi kebenaran untuk kita pam susu time keje)..

Aku harap aku dapat susukan dia sampai 2 tahun & seterusnya sampai aku mengandung lagi..

Pesan buat Anakandaku, Ameer Luqman..

"Sayang.. tak ada apa yang mama pinta.. yang cuma mama inginkan.. jadilah anak yang soleh.. turut segala perintah Allah.. jangan buat perkara yang Allah larang.. jadilah anak yang bijak supaya memberi manfaat pada diri & juga pada orang lain.. jadilah anak yang punya budi pekerti yang tinggi supaya sentiasa dihormati & disanjungi.. jaga diri baik-baik.. ingat Allah.. ingat solat.. ingat Mama, Abah, adik beradik & keluarga.. Mama sentiasa ada di sisi Luqman, doakan Luqman.. You will always be my baby.."


NEWBORN..

Fresh from the oven.. alala.. sib baik comel walaupun melopong.. hiihi..

Hari ke 3..

Hari nama diberi, aqiqah & cukur rambut pada hari ketujuh..

Time pantang jugak nie.. mata anime kata mak chu..


30 HARI


Ceria..!

Nak nangis ler tu.. nak susu..


2 BULAN
(Abis pantang terus berjalan, then aku kena chikugunya plak... tapi tetap menyusukan macam biasa..)

Ape lah yang kelakar sangat sampai uyut gelak besar camtu..? ehehe.. so sweet..

Si debab nak keluar berjalan..! (Mama yang over sebenarnye..)


3 BULAN

Santai di Batu Layar.. ehehehe..

Mata bulat, muka bulat, hidung bulat..


4 BULAN

Seriusnye mukaa..

Lihat rambutku..


5 BULAN

Santai dengan mama

"Dengan Abang saya yang ceria..!", kata Luqman..


6 BULAN
(Saya dah dapat Diploma in Breastmilk.. sedappp.. nak lagi-nak lagi..!)

Wooo dah pandai nak amik handset ehhh...

"Dengan Mak Chu saya..!", Ameer Luqman kata..


7 BULAN

Yeeehaa!!

1st time naik bas.. kenduri Auntie Dayah kat Pahang.. sodap ikan patin masak lemakk...


8 BULAN
(Ramadhan pertama saya.. yippieee..!!!)

Jom bukak pose sama-sama?

Tak abis-abis isap jari..


9 BULAN
(Aidilfitri pertama saya..!! Yippie..!)

"Ni superhero saya..!", kata Ameer Luqman

Nak ikut saya jalan-jalan marhaban? Jom..!


10 BULAN

Alahaiii.. nie yang buat mama teringat kat dia jer time kat opis..

Sebelum jumpa client, sebelum abah bawak lari, kang ada yang mengacau.. time nie terpaksa jugak bawak si encem yang kecil nie..


11 BULAN

Yo yo..!

Adik ketawa besar.. abang memandang penuh jeles tak dapat join kena 'ikat' kat depan.. huhuhuh..

MANA GAMBAR SETAHUN..??

Erk.. tak sempat nak upload lagi lah.. budak baru register.. gotong royong.. siapkan FRP, soalan, RMS segala benda.. next week haaa...


HAPPY FIRST BIRTHDAY, LUQMAN SAYANG..!!




Orang Islam Harus Kaya..!

Semua orang ada tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan.. betul kan? Memang aku bekerja untuk membantu membantu suami.. aku percaya ramai yang begitu.. tapi kerja itu akan lebih bermakna sekiranya kita ikhlas laksanakannya untuk menjalankan tanggungjawab sosial (selain yang utamanya untuk membantu keluarga)..

Makanya aku nak berkongsi sesuatu yang sangat penting diketahui..

Lama aku mencari tentang perspektif kaya dalam Islam.. sebab ia akan jadi lebih bermakna, lebih diredhai, diberkati & paling penting segala rezeki itu akan dikongsi bersama-sama dengan anak-anak & keluarga.. kalau salah caranya, buruk padahnya..

Aa Gym, seorang pendakwah terkenal dari Indonesia berkata..
"Pemahaman berkenaan definisi kaya perlu diperbetulkan di kalangan umat Islam. Terlalu banyak rujukan yang dijadikan sumber pegangan sehingga kefahaman mengenai kekayaan itu menjadi remeh & mengakibatkan ekonomi tidak diutamakan. Kita saksikan sendiri bagaimana ekonomi yang lemah dapat melemahkan kemampuan dalam menuntut ilmu, kesihatan juga menjadi lemah dan kualiti sumber manusia sukar bersaing dalam era globalisasi masa kini. Ini semua menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam pelbagai hal."

Saya setuju.. kalau kita cari maklumat sebenarnya, orang Melayu masih ramai yang miskin berbanding dengan kaum Cina.. kenapa? Sebab ramai yang pikir, "ala.. duit banyak bukan boleh bawak mati pun.." ataupun "ada rumah, cukup makan pakai, sudahlah.." ataupun "wang bukan boleh beli kebahagiaan..".. pada aku, itu bukan cakap orang yang bijaksana..


Kaya tu subjektif.. tak semestinya kaya harta tapi boleh jadi kaya kasih sayang, kaya ilmu dan macam-macam lagi.. tapi aku cuba menyedarkan diri aku & kita semua tentang kaya dari segi material.. kenapa pentingnya ia..

Allah ciptakan alam luas terbentang & taburkan rezeki merata-rata tinggal kita nie nak cari jer.. dan Allah ciptakan otak manusia yang sangat besar potensinya supaya kita dapat gunakan sebaik mungkin..Alangkah rugi nya manusia kalau itu pun dilepaskan..

Nak kembali ke zaman dulu-dulu kala.. bila ada manusia, mestilah ada pemilikan kan? takkan nak main rembat jer orang punya barang.. dulu si A ada terjumpa lembu 5 ekor.. si B ada bulu kambing untuk dijadikan selimut.. si A nak selimut, si B lapar nak makan lembu.. sebab masing-masing takda, maka diorang tukar suka sama suka lah kan? Sistem Barter.. tapi nama pun manusia kan.. makin lama makin cerdik ler.. tak mo dah pakai Sistem Barter.. guna Sistem Matawang plak.. dari situ bermula lah urusniaga.. dari situ bermulanya orang-orang dulu cipta kekayaan.. nape tiba-tiba cakap pasal urusniaga nie? takkan lah urusniaga jer yang boleh buat kaya..? Memang lah.. Rasulullah sendiri cakap pintu rezeki 9 daripada 10 adalah perniagaan..

Ustaz Aa Gym kata lagi.. dalam Al-Quran ada menjelaskan Kekayaan adalah kurniaan dan kebaikan..
Dalam surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud, "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu mengalami tanda-tanda maut, hendaklah dia berwasiat kepada ibubapa & kaum kerabatnya secara makruf apabila dia meninggalkan harta yang banyak. Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa".

Surah Al-Jumu'ah ayat 10 bermaksud, "Selepas menunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan banyak-banyaklah mengingat Allah supaya kamu beruntung".

Dua ayat di atas menunjukkan kekayaan adalah halal & harus sebagai pemberian dan kebaikan kepada Allah..

Dah lama aku berfikir tentang hal ini.. anak sulungku, Amaar Muhaimin semakin besar.. dah masuk 3 tahun.. anak yang bijak (aku percaya, semua anak kita bijak-bijak belaka).. sebagai ibu dah pasti aku nak bagi pendidikan yang terbaik untuk anak-anakku (aku percaya, korang pun sama).. mak aku cakap, anak 3 tahun yuran tadika (tadika yang baik.. aku nak anta ke Genius Aulad ke.. camtu lah seangkatan dengannya..) paling koman RM600.. mak ai.. tercengang aku..

Macam Ustaz Aa Gym kata.. ekonomi yang lemah, sukar nak dapat pendidikan yang baik.. betul.. tengok jer lah negara-negara miskin macam kat Afrika.. pendidikan macam mana yang diberikan..

Aku selalu buat comparison dengan orang Cina.. memang kita jauh ketinggalan dari mereka.. aku kagum dengan sikap mereka yang nak senang walau apa pun jadi (tapi kita orang Islam cara halal lah). Mr Burhan (lecturer aku kat KUiTTHO dulu), biarlah tak kaya pun, tapi time kawin mesti sewa Mercedez.. macam tu sekali orang Cina.. Prof Aziz (lecturer Structure aku dulu), selalu tekankan "Kita orang Melayu kena kaya.. mesti kaya". Tapi dia tak elaborate lah plak.. aku masa tu budak-budak lagi kan.. mana nak pikir kaya sume nie.. janji dapat result best & dapat tengok wayang & aktiviti kembara udahlah.. kuikuikui.. tapi sekarang baru aku paham apa maksud Prof Aziz..

Tapi.. sesuatu yang pasti.. bila kita kaya.. zakat jangan dilupakan.. sebab dari situlah datang keberkatan.. dan jangan lupa bagi duit pada ibubapa kita walaupun mereka tak pernah minta.. tu pesan mak aku..

Aww.. ganteng bangat Ustaz Aa Gym.. sumber dari sini

tapi nggak bisa kalahkan pria ini...
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.

WAKAKAKA!! Ape kes lah haku nie.. syok sendiri btol..!

Sebelum tu.. Malaysian Business dah senaraikan Jutawan Malaysia 2009 seperti dibawah.. cuba tengok sape top sekali & bape banyak nama orang Melayu ada kat situ..

1 - Tan Sri Robert Kuok (RM26.6 bilion)
2 - Ananda Krishnan (RM20.1 bilion)
3 - Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion)
4 - Tan Sri Lee Shin Cheng - IOI Corporation (RM7.4 bilion).
5 - Tan Sri Quek Leng Chan (RM4.5 bilion)
6 - Puan Seri Lee Kim Hua (RM3.5 bilion)
7 - Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM3.18 bilion),
8 - Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (RM1.79 bilion),
9 - Tan Sri Tiong Hiew King (RM1.64 bilion)
10 - Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).

p/s: What You Give You Get Back.. kalau kita berikan yang baik, ikhlas pasti kita dapat jauhhhh lebih banyak baik dari kita beri..



Baby Wearing..

Baby sling.. baby wearing.. gendong (orang Jawa kate).. sama erti jer lah sume tu.. hehehe.. well, at least to me.. eheheh..

Puas aku ingatkan balik, macam mana aku leh nak beli baby sling.. aku tak ingat jugak.. tapi aku suka baby sling.. sebab senang nak menyusukan anak bila aku sibuk nak berjalan (pemalas.. suka benar nak buat 2 benda dalam 1 masa.. padahal boleh jer lari ke nursing room jap.. kuikuikui).. tapi 1 lah masalahnye.. anak-anak aku selalu rasa tak selesa bila menyusukan masa diorang dalam sling.. mungkin sebab mereka bersaiz besar menyebabkan mereka berasa stuffy atau aku yang tak bape nak pandai pakai sling?

Tapi banyak kali jugak lah aku menyusukan sambil berjalan-jalan as if nothing happen.. tapi kejap jer dia bertahan, pastu dah gelisah tak nak nyusu lagi dalam sling.. ke wakaf che yeh aku relek gendong Amaar Muhaimin (padahal.. mengah-mengah.. tapi muka mentennn steady... kuikuikui).. tapi dengan Ameer Luqman tak penah lagi menyusukan..

Orang sibuk tengok ikan.. adik dah sampai Londres agaknye.. hihihi..

Aku suka carry anak aku pakai sling terutama sekali kat tempat yang penuh dengan orang tak nak diorang.. pastu aku rasa sedap dapat peluk si comel, macam dah jadi bantal plak.. sakit belakang? takda kalau pakai betul.. tapi sakit bahu ada.. logik lah kan.. sebab Ameer Luqman yang hantap (ayat irah member aku), carry kat bahu lama-lama, ada beban kat bahu, mestilah sakit.. tapi alah bisa tegal biasa.. sakit sikit-sikit normallah (pastu mintak cik abang tolong urutkan.. kuikuikui..)


Cume aku nak tau.. macam mana nak menyusukan anak masa pakai sling? Ameer Luqman pun 2 hari lagi nak setahun, memang lah tak leh lagi nyusu pakai sling.. tapi untuk anak-anak seterusnya, aku nak nyusukan masa pakai baby sling..

Kalau ada sape-sape yang tau, boleh share?

PEMBERIAN SUSU LEMBU PUNCA GEJALA SOSIAL? (OLEH HALINA MOHD NOOR)

Salam semua..
Aku sangat sibuk 3 minggu nie.. minggu depan pelajar-pelajar baru & senior lapor diri.. tangan gatal jer nak update blog.. tapi apa kan daya.. kekangan masa punca segala.. tapi blog hopping sempat sebab sambil pam susu, sambil baca.. kali nie aku jumpa satu artikel yang menarik & mudah-mudahan ia boleh beri kesedaran kepada kita.. dari blog Harlinda.. terima kasih tak terhingga sebab sudi kongsi artikel nie..

_____________________________________________________________________________________

Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting.

MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.

Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar.

Sumbang mahram, rogol dan bunuh, dera dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Keganasan sering kali dipilih sebagai kaedah penyelesaian masalah walaupun bagi masalah kecil.

Kebimbangan wujud manusia berciri kebinatangan hari ini disuarakan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia ‘Nas’ yang bersifat kebinatangan.

“Manusia terbahagi kepada dua iaitu manusia ‘Nas’ yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi, manusia ‘insan’ yang lebih cenderung kepada kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan.

“Jika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ‘Wahai Nas’ yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ‘Wahai insan’ yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia ‘insan’ yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia ‘nas’. Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia ‘nas’,” katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .

Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat.

Tahap ‘kebinatangan’ mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.

“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya.

“Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sehingga kenyang,” katanya.

Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak.

“Sedangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,” katanya.

Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.

____________________________________________________________________

Banyak faktor penyumbang kepada pembetukan sahsiah anak.. tapi ini adalah salah satu cara paling mudah, sebab semua ibu di dunia Allah telah berikan kelebihan itu.. maka gunakanlah sebaiknya..

Memang dari dulu, inilah salah satu perkara utama yang memberi aku kekuatan untuk aku terus menyusukan permata-permata hatiku sehingga kini.. mudah-mudahan Allah berikan aku kesihatan yang baik & permudahkan segala-galanya untuk aku berikan susu ibu kepada anak-anakku..

Ibu-ibu sekalian..
Marilah kita kembali kepada fitrah..




Scary.. nauzubillah....

Got this article from Utusan Malaysia Online..
____________________________________________________________________

NAMA saya Muna, suami saya Hisham. Perkahwinan kami pada 2008 atas dasar suka sama suka. Bahagia, dia seorang suami yang baik, penyayang dan cukup sempurna. Silapnya di sini adalah, saya kerana tidak tahan dugaan ketika berjauhan. Sejak mula kami menikah memang sudah duduk berjauhan.

Suami bekerja di Kuala Lumpur sementara saya di Sabah. Memanglah hidup saya tidak sama seperti isteri-isteri lain, ada suami datang menjemput, bila balik rumah boleh duduk sama-sama dan berbual. Saya tidak lalui itu semua, setiap hari saya berseorangan, hanya telefon yang menjadi pengantara.

Setahun berlalu, mula timbul rasa bosan tinggal berseorangan dan sunyi. Saya cuba meminta tukar ke Kuala Lumpur tapi tidak berjaya kerana tidak ada kekosongan. Terus juga berjauhan, masa yang banyak terluang saya habiskan bersama kawan-kawan, keluar minum dan melepak di kafe. Bila sudah selalu keluar bersama, akhirnya saya tercerita juga tentang masalah rumah tangga dan kesunyian.

Rupa-rupanya itulah kesilapan besar yang telah saya lakukan dan saya berasa sangat menyesal.

Ini kerana kawan baik saya itu seorang lelaki bujang. Bila dengar cerita saya itu, dia mula menaruh simpati dan selalu menemani saya, menjadi pendengar setia. Bila selalu bersama, timbul rasa sayang hingga membawa kepada keterlanjuran. Waktu itu tanpa saya sedari rupanya saya sudah mengandung enam minggu.

Ketika itu saya rasa sangat bersalah kerana menduakan suami sedangkan dia seorang yang baik. Saya menangis kesal, tapi semuanya sudah terlewat. Bila dapat tahu mengandung, saya mula menjauhkan diri. Saya rasa inilah titik bahawa saya harus menghentikan semuanya, tapi saya sering saja tewas.

Ketika kandungan berusia lima bulan, saya ditukarkan ke Kuala Lumpur. Saya rasa lega kerana berjaya melepaskan diri daripada terus membuat benda tidak senonoh. Duduk di samping suami memang suatu yang amat membahagiakan.

Namun selepas dua bulan hidup sebumbung, perangai suami berubah sangat, jarang balik ke rumah dan sering marah-marah. Saya bertambah sedih apabila suami mengaku ada menjalin hubungan dengan seorang perempuan yang baru dua bulan dikenali.

Dia pulang ke rumah pun hanya kerana rasa kasihnya pada saya yang sedang sarat mengandung. Apabila matahari jatuh, perasaannya pada saya berubah menjadi benci untuk mengelakkan dari terus memarahi saya dia lebih sanggup tidur di pejabat.

bersyukur

Apabila dirujuk kepada ustaz, rupa-rupanya suami saya telah diberi makan benda kotor oleh perempuan yang baru dikenali itu bertujuan untuk membodohkannya. Alhamdulillah, saya masih bersyukur kerana masih ada satu titik putih di dalam hati suami untuk merasa belas kepada saya. Suami meminta saya pulang ke kampung halaman sementara dia berusaha untuk mengubati dirinya.

Allah Maha Mengetahui, saya percaya inilah balasan-Nya di atas perbuatan curang selama ini. Suami tidak tahu pun apa yang saya lakukan, dia kata apa yang saya lakukan tanpa pengetahuannya, walau sebesar mana pun salah saya dia sudah ampunkan dan dia tidak mahu tahu apa itu.

Sekarang saya yang rasa bagaimana sakitnya bila suami menduakan saya. Tuhan itu Maha Adil, saya perlu jalani 'hukuman-Nya' ini.

APA yang anda baca sebentar tadi adalah pengakuan seorang isteri curang sewaktu ditemu bual oleh wartawan majalah Al Islam, baru-baru ini. Selain Muna, dua orang lagi wanita turut tampil membuat pengakuan serupa.

Apakah yang sedang berlaku? Adakah kini sedang berlaku trend curang di kalangan isteri, supaya mereka kelihatan setaraf dengan suami, atau lebih tepat lagi lelaki, yang sudah tidak pelik lagi dengan sikap curangnya itu?

Sememangnya sejak kebelakangan ini sudah beberapa kali media massa menyiarkan kes isteri curang. Antaranya, pada 24 September 2009, apabila seorang wanita ditangkap pegawai Jabatan Agama Islam Perlis pada hari jadinya yang ke 31, kerana disyaki berkhalwat. Apa yang menyedihkan, penangkapan ibu yang mempunyai dua orang anak itu turut disertai oleh suaminya, dan suaminya itu pula telah menyediakan kek istimewa untuk si isteri tadi.

Sebulan kemudian, di Kajang pada 25 Oktober 2009, seorang ibu berusia 37 tahun dan mempunyai lima anak pula telah ditangkap oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor kerana disyaki berkhalwat. Lelaki yang disyaki menjadi pasangannya berusia 31 tahun.

Pada 3 Disember 2009 pula, media massa tempatan menyiarkan pula kisah seorang isteri yang didakwa telah meninggalkan suami yang baru dua minggu dikahwininya. Sebelum meninggalkan suaminya pada dinihari 6 November lalu, wanita berusia 20 tahun itu didakwa asyik melayan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), hatta semasa sedang bersanding sekali pun. Berita-berita susulan kemudiannya lebih 'gempar'. Isteri muda ini dikatakan telah ditangkap khalwat.

Itu kes-kes yang dilaporkan oleh media. Bagaimana pula yang tidak dilaporkan?

Persoalannya sekali lagi, adakah curang kini menjadi satu trend? Apakah pandangan Islam dalam isu curang? Dan, apa pula peranan kerajaan, khususnya Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani gejala tersebut?

Dapatkan majalah Al Islam keluaran Januari 2010 untuk mengetahui jawapan kepada persoalan-persoalan ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

____________________________________________________________________

Doa saya, semoga kita semua tidak berada di dalam situasi ni..

Seorang ibu perlu mempunyai sahsiah yang baik bagi melahirkan zuriat yang cemerlang, gemilang & terbilang.. zuriat yang bertaqwa kepada Allah, baik aqidah & cantik paras rupa adalah impian semua ibubapa.. semua tu bermula sejak dari mula lagi.. anak-anak yang cemerlang mempunyai ibubapa yang cemerlang..

Semoga kita semua dijauhkan dari cabaran & dugaan ini..

Pesanan untuk sahabat-sahabat yang berjauhan dari pasangan.. bersabarlah.. sesungguhnya Allah tidak zalim.. Dia tidak akan menduga sesuatu yang kita tak mampu tanggung..

p/s: jangan kata aku tak paham perasaan orang yang berjauhan dari suami sebab suami aku dekat.. aku pahammm...

Ingatan Buat Diri Sendiri & Perkongsian dengan semua..
Dari Aku... Hamba Allah Yang Lemah..

More goodness..!

There are so many goodness in Premium Beautiful (PB).. many many years people have been educated; CORSET = WOMEN.. although it's a corset, but the whole family can use it..!

Why did I say that..? Last week, a friend of mine from Negeri Sembilan asked me this.. "Fazi.. aku dengar PB boleh tolong baby yang kena kuning.. macam mana caranya?".. for your info, her niece/ nephew (I'm not sure the baby is boy or girl), suffered jaundis for 2 weeks.. bacaan dia 18 turun jadi 11 then 13 balik.. sian baby.. atas usaha member aku nie, dia pinjamkan waist nipper atau dalam Bahasa Melayu nye, bengkung..

For 3 days, 3 jam rehat then sambung balik pakai pada baby, alhamdulillah.. dah turun bacaan pada baby.. 9 something.. mungkin ada punca lain juga yang bantu turunkan jaundis tu, tapi aku percaya PB ada banyak bantu.. again, aku rasa sangat-sangat puas hati bila aku dapat bantu macam nie..

My aunt who has asthma & she has been wearing PB for 4 months, she told me that her asthma is not so bad anymore.. alhamdulillah..

Sebab tu seisi keluarga boleh pakai Premium Beautiful.. dan bukan sebab untuk kurus semata-mata.. sape yang pikir untuk cantik saje, totally NO - NO.. 70% kesihatan & 30% kecantikan.. kesihatan luar dan dalam, tulang belakang, kulit yang cantik, period lebih teratur, mengurangkan asma dan macam-macam lagi lah..! itu specialty PB yang tak ada pada mana-mana korset..

Well, I have to say.. the quality of Premium Beautiful is unbeatable..

Need help or other option for your health..?
You can contact my new business partner, Irda at 012 228 3304 for Premium Beautiful or Bio Aura or BOTH..! Especially for those who are in Shah Alam & other part of Klang Valley..!


Payment method..?

Monthly installment for 12 months or credit card 0%

or

Cash; discount will be given..!





I started my 2010 with something new..!

I started 2010 with new knowledge..! I finally know how to swim..!! ahaha..! not just simply swim but the correct style & technique..


I know.. I know.. some of you will might say.. "ala... tu pun nak kecoh..".. what ever lah you want to say.. but I am proud of myself & my girlfriends too..! My swimsuit made me even more happier..! I felt so comfortable in it.. tak da rasa segan-segan dengan kawan-kawan lelaki.. I bought from Matus.. She is soooo sweet & sangat baik nak melayan kerenah aku yang nak try yang tu, yang ini & yang macam-macam lagi..! Who wants to get a islamic swimsuit, I suggest you buy from her..

One of my past resolutions (eheheh), done..! ahahah!! takper lah lambat pun, janji aku dapat buat masa aku hidup nie..


Our first day.. den belum golap lagi nihhh.. putih berseri lagi nihhh.. perasan tahap gaban.. ahahah!!

Perghh.. gaya atlit tu dah ada la kan kak shikin? tapi berenangnye..ahahahah!!

Learning swimming is not that hard.. you just have to relax & be like a child..! Child; they don't have worries & always ready to try new things.. that's what I did (tapi tak masa aku mula-mula belajar dengan Pae.. ahahah!! Pae bebel gila-gila..! sumpah tak tipu..! ahahaha!!)..

My girlfriends & I.. yang kat belakang tu.. nyibuk.. :p eheheh..

We learned 2 styles, Breast Stroke & Free Stlye.. The first day was breast stroke.. all day long I practiced to have a good kick.. Tired..?? OF COURSE..!!! sampai hubby perasan, "Yang.. nape jalan terkengkang kengkang..?".. Ahahahahah!!! Malu giler..!!! macam nak patah segala sendi badan aku nie.. ahahaha!!

Second day, we learned free style.. I prefer breast stroke, of course.. more relaxing & it helps to toned my lower body (plus with help from Premium Beautiful..!)

This was my second day.. dalam gambar tak nampak.. tapi merah macam udang kena bakar..!

Despite having fun in the water 8-5 for two days, I had sunburnt..! Major, OK..!!! Yes I didn't apply any sunblock lotions coz I've experienced (few years ago) my skin got burnt even more when I applied sunblock lotion.. so this time, I guess it didn't make any better, huh..?? I look ugly (macam lah cantik sangat sebelum nie.. hahahaha!!!).. my skin is peeling & my lips too..!

Oh well.. what ever.. (I am still worried).. but..! I really had fun..! Seronok betul..! All my tense gone..!


Before we left the pool.. with Amnah & Kak Siti..


With my pinky board & my new swimsuit..! I'm soooo in love with it..!
Muka ku yang golapppp.. huhuhu


I hope 2010 will be a great year for me & my family..

I have targets to achieve..

I am prepared to do the best..!

And I hope you too..!!

HAPPY NEW YEAR..!!


p/s: Anyway, ada cadangan tak nak cepatkan kulit jadi cerah..? Rimas lah gelap camnie.. huuhuhu..