Dulu masa aku kat Uni, ada lah jugak aku join aktiviti kembara.. berkayak dalam sungai yang penuh buaya, berkayak dari Langkawi sampai ke Songkhla, gunung satu jerlah aku sempat panjat.. tu pun tak plan.. orang ajak main pegi jer..
Kat statue mermaid kat Songkhla.. tutup bahagian sensored mermaid.. kuikuikui..
Aku bukan lah seorang yang fit; tak punya stamina yang tinggi.. dan bukan mudah untuk aku nak naikkan stamina.. masa naik Gunung Ledang tu, memang lah aku seram sebenarnya.. tak da stamina, aku cuak lah.. kang dibuatnya aku nyusahkan orang jer.. tapi.. sebab minat punya pasal, dan offer tu tak datang selalu.. aku terus setuju & amik peluang tu.. plus, aku cam minat sorang budak nie lah, Arman nama dia.. ahahah!! Sib baik kawin jugak akhirnya.. ahahaa!! ops..!! terlain pulak cerita aku nie..
Masa mula-mula ok, bila makin tinggi lutut aku mula lah longgar.. ahaha!! macam tak nak naik dah, nak dok situ jer.. tapi bila fikirkan balik, "malu dowh dengan semua orang.. macam mana nak berkayak ke Thailand kalau give up macam nie?".. dengan berbekalkan coklat, aku pun gagahkan diri panjat satu-satu biar pun perlahan. Dan dalam masa yang sama, aku cakap sendiri pada diri aku, aku boleh buat, aku boleh panjat. Sedar tak sedar, aku dapat catch up team yang dah sampai kat check point, Anak Gajah nama check point tu kalau tak silap aku..
Nak mulakan ekspidisi.. yay..!!! Berkilat hitam muka aku.. ehhehe..
Dipendekkan cerita, aku terasa sangat puas..! Sebab aku berjaya buktikan pada diri sendiri yang aku mampu naik Gunung Ledang biarpun aku tak punya persediaan yang mantap..! Tapi berbekalkan keyakinan, aku mampu membuatnya.. dan aku selalu tepis hasutan setan yang selalu aje suruh aku cakap "ko tak boleh buat punya.. ko buat pun nanti tak da kemana..". Hiyahh! Hiyahh!!
Bermula dari situ lah, aku tak ada masalah lagi untuk join apa-apa aktiviti kembara..
Kenapa aku mudah merasa yakin? Sebab aku meletakkan diri aku di tahap yang tinggi.. sebab diri aku layak untuk berada di situ. Sebab aku nak merasakan kepuasan itu. Diri aku begitu berharga untuk aku letakkan dibawah..
Aku mengajar diri aku sikit demi sedikit untuk bina keyakinan.. untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan, perlukan keyakinan untuk pastikan istana bahagia kekal di dunia & di akhirat..
Untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak aku, aku perlukan keyakinan biarpun orang kata, "ala.. benda tu akan datang secara semulajadi.. naluri dah ada kan..". tapi pada aku tidak.. sebab menjadi ibu yang bekerja, adalah satu cabaran yang besar.. mana nak handle penat bekerja, bila balik nak uruskan rumahtangga pulak.. kalau tak, rumah tak bersapu, lantai tak dicuci, baju banyak menimbun tak berbasuh, masak apa lah lagi... dan ya.. saya tidak punya pembantu rumah.. terima kasih tak terhingga kepada suami yang sentiasa membantu aku. alhamdulillah.. aku yakin yang aku boleh masakkan setiap malam untuk keluargaku.. walaupun hanya scramble egg & roti. Tapi ada masa juga kami makan malam di luar, tapi kebanyakkan masa aku akan masak. Aku puas hati & hubby pun tak suka makan diluar sangat.
Cuma yang aku pinta kepada Allah, berikan lah aku kesihatan yang baik supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawab & mencapai impian yang aku inginkan..
Semoga aku kekal begitu sehingga ke hujung nyawa...
Amin...
Rindunye nak buat aktiviti macam nie lagi... kenangan tinggal kenangan.. tapi kalau ada peluang baik, aku pasti akan ambil..!!