Dia bukan seperti yang dikatakan..


Hati sakit bila baca tohmahan orang yang tak kenal Hanis..

Hati lagi sakit bila tak pasal-pasal status saya di copy paste oleh orang yang tak kenal siapa saya, saya ni orang yang macam mana ke dalam blog itu..

Seperkara yang saya suka nak ingatkan.. sebagai outsider, kita jangan terlalu cepat menilai bila kita terbaca atau dapat tau dari satu pihak jer.. Tak adil beb.. Macam bila kita buat research, memang lah hasil dapatan kita tu tak reliable bila kita amik dari satu sumber saja..! Tambah lagi kalau sumber tu dah melebihi 5 tahun, memang tak reliable.. (Oh rindunyaa nak buat research.. tapi babai lah.. ehehe.. saya ada keje lain lagi best.. eheheh)

Mungkin akan ramai orang cakap, "Alaa.. Fazi tu sepupu Hanis, of course dia akan cakap baik jer pasal sepupu dia. Tambah lagi dia takut la kalo biz dia akan terjejas sebab isu panas tu.". Kalau ada yang berfikir camtu, memang sangkaan tu meleset sama sekali. Sebab weekend ni betul-betul masa isu ni terjadi, ramai yang contact saya nak tau pasal biz & weekend lepas jadual saya penuh dengan appoinments. Bila pasal biz, Hanis strict walaupun saya sepupu dia. No time untuk manja-manja ok..

Dia pesan pada saya, everytime sebelum dia keluar jumpa prospek, dia mesti akan doa macam nie pada Allah, "Ya Allah, aku mohon keberkatan, dipermudahkan & bukakan lah pintu rezeki rakan kongsi ku & client ku seperti mana Kau bukakan pintu rezeki untukku..".

Dan satu lagi, ke mana biz partner dia minta tolong dia pergi untuk bantu, dia akan pergi..! Contohnya baru ni ke Penang dengan Kak Ayu, dia turun Penang & Kuantan.. Dan coming up ke JB, sebab saya memang plan nak bawa dia ke sini, biar orang di Johor jumpa sendiri Hanis. Tengah plan masa yang sesuai dengan Hanis.

Hanis is a leader you ever wish for. Seriyes.. dia ajar saya macam mana nak bina kumpulan, macam mana nak jana income besar, kepimpinan, dia motivate saya dari zero, tak da apa-apa, bawak handbag buruk, part nak bergaya up to date nie memang lah aku tak pandai.. ehehhe.. tapi dia tak jemu-jemu bagi tunjuk ajar.. Bila saya berada dalam kumpulan dia dan ajar saya macam mana nak bina impian besar & bukan setakat bina.. tapi jadikan impian itu realiti..!!

Tak ada istilah 'Touch & Go' bila berada dalam group Hanis.. Kalau ada yang terasa dia ditinggalkan oleh Hanis, mesti ada silap di mana-mana oleh orang tu. Cuba tengok dalam group Hanis.. Ramai group dia yang 'menjadi'.. Dah ada seorang CDM, dah ramai DDM, dah ramai yang dapat Jam Tangan, dah ramai yang dapat melancong..!

Untuk pengetahuan sume, nak berjaya dalam biz nie, memang kena pilih pemimpin yang tepat. Tapi bukan setakat itu sahaja.. Kalau harapkan leader saja yang sibuk contact kita (anak buah) tapi anak buah sangat payahhhhh nak buat apa yang leader cadangkan (leader yang baik akan cadangkan yang terbaik untuk anak-anak buah dia), macam mana leader nak tolong..?? Sebab tuan punya body sendiri tak amik peduli pun pasal future dia dalam biz nie. Lama-lama, leader akan beranggapan, "Ok.. she's not interested nak majukan diri dalam biz nie. Dah dia tak nak. Nape aku yang sibuk-sibuk nak push dia.". Masing-masing dah besar kan.. dah boleh buat keputusan sendiri.. takkan lah leader nak paksa. Lagi paksa, orang lagi tak suka.

Senang cerita, kena ada kerjasama dari kedua-dua pihak. Semua yang mula melakar kejayaan dalam kepimpinan Hanis, SEMUANYA SERIUS NAK BERJAYA..! BUKAN NAK MAIN-MAIN DALAM BIZ NIE..

Kami semua tahu matlamat kami dalam biz nie. Kami yang serious dalam biz nie memang Hanis sangatttt mudah nak bantu, sebab kami sendiri nak bantu diri kami.

Jadi secara ringkasnya, ada beberapa point yang nak saya highlight disini..:

1. Bila berniaga macam yang saya buat sekarang: bila kita mudahkan diri kita, lagi mudah untuk pemimpin lead kita.

2. Sebagai orang yang sekadar membaca, berhati-hati dengan bacaan korang. Jangan terlalu cepat percaya, jangan cepat buat tohmahan. Kita tak kenal siapa yang disebutkan. Kenal memanglah kenal sebab mungkin penah baca blog Hanis, tapi ada kenal dia personally? Tak kan..?

3. Sebelum kita nak menyalahkan orang lain, cari diri kelemahan pada diri kita dulu. Tengok apa yang kita dah buat silap. Nape kita ditimpa musibah..? Nape kita selalu teraniaya? Jangan ingat kita ada masalah dengan biz, "ehh.. aku tak penah buat salah dengan dia, nape aku kena camni..?".. tapi sedar tak kita, mungkin ada buat salah dengan orang lain sehingga orang tu mungkin terdetik, "tunggu lah masa ko nanti.". Saya sendiri penah marah dengan suami saya, saya marah dalam hati & saya mula lah buat degil saya dengan suami saya, pastu saya bangun tido, saya terpijak cermin mata saya, terus patah dua..! Dah kena kuar duit buat spek baru. Dah pakai spek berpuluh tahun, tak penah patah. Masa tu baru teringat, "Tulahh.. agaknye ko degil lagi cakap suami.. kan dah kena. Yelah.. akhir zaman sekarang nie, Allah 'bayar' cash dengan kita. Itu tak mustahil.. jadi, itu yang penting, MUHASABAH DIRI..!

3(a). Saya cukup pelik bila ada orang buat biz nie, kata barang-barang diorang tak terjual. Sebab group saya, semua sold & senanggggg dapat buyers. Pelik memang pelik. Ada sebab tak terjual. Cadangan saya, bincang balik dengan pemimpin. Sebab tu jangan buat hal tak elok dengan pemimpin..! Macam saya cakap, ada sebab tak berjaya. Kaji balik semula dari semua aspek, kut kita ada buat silap kat sapa-sapa tanpa kita sedari.

"Kalau kita kaji kesilapan diri kita, kita tak ada masa nak cari salah orang lain" - Dato Dr Fadzillah Kamsah.. - Bukan saya cakap tauuuuu...

p/s: Saya tulis nie pun untuk mengingatkan diri saya.. sambil-sambil berkongsi dengan orang lain. Kalau rasa tak leh terima apa yang saya katakan, especially yang tak suka dengan Hanis & geng-geng dia, saya tak leh buat apa. Saya bukan pakar motivasi, cuma saya keluarkan & kongsi apa yang ada dalam hemat saya.

Apa pun TAHNIAH & SYABAS pada Hanis sebab dapat selesaikan isu ni. Semoga jangan lah ada lagi isu-isu macam nie.

*ini lah risiko berblog.. kalau lah semua orang baik hati..




12 comments:

Kamsiah Abu said... [Reply to Comments]

"dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim, mereka membela diri." Asy-Syura 42:39

tabah dan sabar.. :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

good write up la...but sekali nama dah hancing org akan ingat beb...kalau 10 org cakap ..takkan semua tuh tipu...pasti ada yg betulnya..good luck la utk 'bisnes' u..

Ayu Hashim said... [Reply to Comments]

Salam dear..

Akak setuju.. org yg xkenai sapa hanis.. janganlah pandai2 nak judge dia mcm tu. If u all nak tau mcmana dia bekerja.. come n join our business.. than u will know sapa hanis yg sebenarnya.

Akak ingat lagi masa kami berdua pi Kuantan.. pi balik hari aje.. coz pkl 8mlm hanis ada another appointment kat KL.. pkl 4pm kluar dari bandar kuantan.. terus pi appt pulak kat KL... ishhh ishhh.. kalo org lain tu tentu xakan buat appt dah malam tu kan.. tp not hanis.. dia akan penuhkan all the appt smp malam..

Anony: Org mmg akan selalu ingat benda2 yg xelok aje.. tp ingat jgk.. dia manusia biasa... dia bukan robot.. nobody perfect in this world.. termasuk org yg mencemarkan nama dia... dunia nie bulat.. insya-allah ada hikmah di sebalik apa yg terjadi..

At least hanis dah berjaya menjadi seorang USAHAWAN PREMIUM BEAUTIFUL yang berjaya.. with a very high income.. orang yg mengata dia, dpt apa????

::The Shopaholic Tauke:: said... [Reply to Comments]

kak ayu...saya suka ayat kak ayu yg last tuu..:-)

Anonymous said... [Reply to Comments]

bagus sgt ke ayat yg last tuh?

Nur Faziha said... [Reply to Comments]

To Kamsiah: Terima kasih.. saya akan ingat sampai bila-bila..

To Anon: Takper lah.. saya ada pandangan saya, awak ada pandangan awak. Saya tak hina sapa-sapa, saya tak berkata tidak baik pada siapa-siapa. Macam saya cakap, saya tulis ni KHUSUS untuk ingatkan diri saya. Supaya saya ada benda nak refer KALAU SATU MASA DITENTUKAN OLEH ALLAH, SAYA LUPA DARATAN (NAUZUBILLAH>>). Tak yah la nak berbalah, nak perli-perli di sini.. tak baik.. saya pun tak suka.. Hidup nie terlalu singkat untuk bermusuh dengan orang.. Saya minta maaf pada awak kalau entry saya nie mengundang perasaan tak best pada diri awak sehingga awak boleh komen begitu..

To Kak Ayu & Mai: Yang penting kita tau apa yang kita buat, kan?

Bayah said... [Reply to Comments]

Mmg bagus!!! Sebab memang betul..me too kak Ayu, I like ayat last tu very the.... :-)

Anonymous said... [Reply to Comments]

i think hanis mmg profesional.. sbb kalo baca apa yg blog x post dalam comment mmg makan dalam laa.. semoga hanis semakin berjaya n dimurahkan rezeki..

yujiayao said... [Reply to Comments]

For those of you who are purchasing Faucets,we realize that this is one of the most important purchasing decisions you will make. You have made the best choice in choosing one of our Bathroom Sink Faucets,Kitchen Faucets or Shower Faucets, as they are constructed of the highest grade materials to ensure that your new Faucets lasts forever. You can be confident in your purchase as each item comes with a no hassle 30 day return privilege.

aionii said... [Reply to Comments]

Kak Fazi, nih entry terbaik yg penah saya bace. Very professional.

i am Naa... said... [Reply to Comments]

Allah itu satu...manusia nie ada mcm2...kadang2 diorang lupa kebenaran itu pasti akan keluar...kalau bukan di sini...sana itu pasti...loves to read urs n ur cousin's blog...

Elle khamis said... [Reply to Comments]

apa pun kita semua think positif yer..adat berbisnes mmg mcm tu, tak bisnes pun macm tu...sbnrnya "anoy" sdg bg dorongan dkt kita semua dan adakan ruang masa utk kita fikir sejenak kot2 ada apa2 yang kita "tertinggal" nak buat..apa pun manusia tak sempurna, dan apa yg kita buat adalah kearah kesempurnaan..gudluck untuk semua...CDM ELLY.