Saya memang suka baca blog yang positif, sebab itu lah salah satu sumber saya sentiasa positif.. mudah-mudahan saya sentiasa positif..
Dan saya nak kongsi tentang ini dengan korang sume.. dari blog Dr Hamid Arshat..
----------------------------------------------
Jangan mengaibkan orang
Mengaibkan orang lain adalah satu dosa besar, semakin ia disebarkan, semakin besar dosa orang yang melakukannya. Dosa itu akan berganda2 dan balasan diakhirat amatlah berat, tidak mampu kita menanggungnya. Siksaan diakhirat tidak ada kesudahannya. Kita hidup didunia hanya sekelip mata berbanding dialam akhirat.
Janganlah kita terlibat dalam perbuatan mengaibkan orang lain, malah bersubahat dengan pembuat fitnah pun akan membakar kita . begitu hebat bahangnya. Jauhilah dari mereka yang terlibat dengan penyebaran fitnah yang amat mengaibkan.
'Jagalah diri kita dan ahli keluarga kita dari bakaran api neraka' - itulah maksud satu ayat dalam surah At Tahrim.
Lebih baik kita sebarkan berita baik , berita yang bolih memberi gembira dan keceriaan kepada orang lain. Ini adalah nasihat dari junjungan kita, Rasulullah Mohammad SAW. Ikuti lah nasihat baginda, belaiu adalah sebaik2 penasihat.
----------------------------------------------

0 comments:
Post a Comment