ALLAH BAGI LOAN, KITA KENA BAYAR BALIK..


Pesan mama saya.. bila Allah bagi rezeki, kita jangan lengahkan solat & jangan lupa menderma.. Kita senang, rezeki datang mencurah-curah semuanya kehendak-Nya..

Baik mama.. Along ingat pesan mama sampai bila-bila..

Hari ni nak saya nak share satu kisah.. Dapat dari blogger Filla..

_______________________________________________


Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..

anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya


-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-


-Talib sentiasa ada disisi isteri-


Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..


-Talib bersama Rafiq-


-tangan Norma yang lebam-


-gambar terkini baby Rafiq-


Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....

_______________________________________________

Ini yang terjadi dalam realiti kehidupan.. Ada yang bernasib baik, alhamdulillah.. ada yang gembira, alhamdulillah.. ada yang sihat, hargailah.. punya keluarga yang bahagia, alhamdulillah..

Tapi jangan kita lupa pada yang susah.. pada yang kurang bernasib baik, pada yang sakit menderita, jom kita bantu sama-sama.. tak perlu banyak, ikut kemampuan kita.. InsyaAllah niat yang ikhlas, Allah balas kita berganda-ganda..

Semua yang kita dapat, pinjaman sahaja..

Sebab tu..

ALLAH BAGI LOAN, KITA KENA BAYAR BALIK..

*ingat mengingatkan sesama sendiri.. terutama diri yang menaip ni..




3 comments:

Azilawati said... [Reply to Comments]

MasyaAllah besar sungguh dugaan dorg nih. Mudah-mudahan Allah memberi kecekalan & ketabahan kat dorg. bg aku tindakan ko letak cite dlm blog ni bkn utk meminta-minta tetapi lebih kepada bagi ruang kat kita yg mampu untuk berbakti dan yg lebih penting bersyukur ngan ape yg kita ada skrg.Thanx fazi update dlm blog.

Miss Moon said... [Reply to Comments]

thanks dear ..moon tak tahu cam na nak ucap terima kasih sebab u sudi share kan kat your lovely blog ..moon ucapkan jutaan terima kasih

alhamdulillah Allah telah bukak kan banyak pintu utk kami n salah satunya adalah membukak pintu2 hati semer saudara saudara ..moon tak sangka ia akan berkembang ngan pantas sangat and bersyukur pada yg membantu ...


and many many thanks for your support n moga usaha kita ini di berkati and sedikit sebanyak dapat membantu mereka

Love
Moon

Nur Faziha said... [Reply to Comments]

Azila.. buat yang mampu selagi boleh..

Miss Moon.. sama-sama.. Fazi doakan Norma & family dia bahagia seperti family yang lain.. sampaikan salam pada Norma..