Kisah Abdullah bin Mubarak

Saya nak share satu cerita.. saya dapat kisah ni dari sorang penceramah pada weekend yang lepas..

Ini kisah Abdullah bin Mubarak yang bermimpi tentang hanya 3 orang sahaja hajinya diterima Allah SWT sedangkan ramai beribu-ribu orang yang menunaikan haji..  2 orang daripadanya dari Mekah, seorang lagi dari Baghdad. Di dalam mimpinya, muka 2 orang dari Mekah tak nampak. Tapi muka lelaki yang dari Baghdad, jelas nampak. Lalu Abdullah bin Mubarak mencari lelaki itu untuk tau apa amalannya sehinggakan hajinya diterima Allah.

Sampai di Baghdad, lelaki tu seorang tukang kasut. Abdullah bin Mubarak bertanya, "apakah amalanmu sehinggakan haji mu diterima Allah?"

Jawab tukang kasut itu, "Saudara, aku tidak pernah pergi ke Mekah".

Abdullah bin Mubarak berkata, "mimpiku bukan sekadar mimpi. Jadi apakah amalanmu sehingga hajimu diterima Allah?"

Jawab tukang kasut lagi, "Isteriku sedang hamil dan satu hari dia terbau satu masakan yang enak dan dia mengidam."

Tukang kasut ini mencari dari mana datangnya bau masakan & terjumpa dengan sebuah rumah. Ada seorang wanita sedang memasak. Abdullah bin Mubarak berjumpa dengan wanita itu & meminta izin untuk meminta sedikit makanan yang dia masak.

Dan wanita itu berkata, "Makanan itu haram bagi kamu tetapi halal bagi kami".

Tukang kasut bertanya, "Kenapa?".

Wanita itu berkata, "Kerana itu adalah bangkai daging kuda yang aku jumpai. Suamiku meninggal dunia & aku & anak-anakku sudah lama tidak makan."

Tukang kasut itu berasa sangat sedih, dan dia menyeluk sakunya. Di dalam sakunya adalah semua hasil simpanannya selama dia bekerja sebagai tukang kasut untuk pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Dan dia berikan kesemua wang simpanan itu kepada wanita tersebut.

_____________________________________________________


Insafnya.. dengan duit tukang kasut yang tak seberapa tu dia boleh sedekahkan duit simpanannya untuk bantu orang yang lebih susah..

Bekalan untuk saya di akhirat nanti ialah 3 benda.. Solat yang sempurna.. Doa anak yang soleh.. Sedekah jariah..

Solat saya belum sempurna.. bacaan saya belum sempurna.. tapi apapun, kena terus perbaiki.

Doa anak yang soleh.. setiap masa saya pohon dikurniakan anak-anak yang soleh & sekarang berusaha dalam proses membentuk anak ke arah itu. Tapi masih lagi kurang disana sini.. Baru jer 4 tahun lebih jadi mak.. banyak lagi ilmu Islamic Parenting kena belajar.

Tinggal sedekah jariah yang saya tau, saya yakin saya boleh buat. Dengan ada duit yang ada, boleh bantu. Dulu sceptical bila nampak budak-budak tahfiz, anak-anak yatim minta sedekah kat RnR, kat tepi bank, kat mana-mana lah.. tapi lepas dengar sorang Ustaz di Al-Kuliyyah bagitau, biarlah itu sindiket atau pun tak.. yang penting, niat kita menderma.

p/s: Peringatan untuk diri sendiri; khususnya..



0 comments: