Pregnancy Wishlists..!

Hari ni genap 16 minggu Fazi mengandung anak ketiga.. planning awal tahun depan, tapi terawal plak.. kuikuikui.. aku terima dengan rela.. eheheh.. siapa tak suka ada baby.. kan..

So far, so good.. sama macam previous pregnancy, tak ada alahan, selera makan makin kuat & macam-macam permintaan sampaikan pening hubby dibuatnye.. aahahah!! sori ye banggg..

Itu part makan.. part barang-barangan..?? Kalau dulu meroyan nak beli handbag itu dan ini setiap kali bonus masuk, ada jeerrrr nak beli itu & ini.. tapi sekarang ni nak beli barang-barang baby.. normal lah kan orang mengandung nak beli barang baby.. tapi yang dah mak 3 anak, rasanya mostly top up apa yang dah lusuh & selebihnya apa yang ada dulu boleh pakai, pakai lagi.. Tapi Fazi pulak, nak lain. Nak baru.. sebabnya menggantikan yang dah tak boleh pakai.. eheheh.. and dapat beli kualiti yang lebih baik.. ehehe.. dulu tak boleh nak beli apa yang nak..


Ni masa 3 months pregnant..

Haaa.. ni yang Fazi nak..!


1. Medela Freestyle
Siapa yang follow blog Fazi, mesti dah tau saya fully breastfeed anak-anak & pengepam tegar gitu.. hobby Fazi memang kumpul EBM.. nak happy kan Fazi senang jer, tengok stok EBM, lagi banyak, lagi happy..! Hehehe.. Dulu pakai Spektra 3, tapi lepas weaning anak nombor 2, pam dah rosak.. nak hantar servis, takper lah.. pam tu dah memang banyak berjasa.. Kali ni nak beli Medela Freestyle ni sebab sesuai dengan Fazi yang selalu berjumpa clients & dia sangat handy, makanya, Fazi nak beli. Dan paling utama, it's a very good product..! Fazi percaya, dengan kaedah penyusuan yang betul dan ada mesin pam yang high quality, lebih meriah susu badan..! (*mind set tu pentingggg.. :D)





2. Phil & Ted Stroller

Memang lah.. sekali tengok jer Hanis Haizi beli stroller ni, Fazi terus jatuh hati.. ehehe.. agaknye taste memang sama kot.. tengok Hanis Haizi punya LV Alma, Fazi berkenan, beli jugak.. Hanis Haizi ada luggage pink, tapi tak ingat beg Hanis macam mana, tapi pink jugak.. tak da niat nak beli sama.. sekali sampai kat airport nak pegi Hong Kong masa tu tengok, sama serupa luggage kami.. ehehe.. now nampak Phil & Ted anak-anak Hanis Haizi, memang Fazi jatuh hati sebab nampak Phil & Ted 'solid' & tegap, memang kali ni nak kena beli jugak! FOLLOW THE LEADER.. ahahah!!


 Fazi kena beli color ni.. nak elakkan beli warna yang cepat kotor.. ahahha!!


3. Deep freezer

Haaa.. disebabkan minggu pertama jer dah buat stok EBM, memang kena beli benda nie.. sebelum ni, stok EBM bila tak muat kat fridge sendiri, tumpang freezer office, sebab dekat.. tapi sekarang ni freezer office pun penuh dengan makanan lain, jadi kena lah beli sendiri.. ni satu lagi cara nak menggembirakan hati sendiri.. tengok stok EBM.. hehehe..




4. Baby Cot

Dua anak sebelum ni, guna playpen.. ingat tak nak beli lagi, tapi sekarang ni susah betul nak pasang. Masa Amaar Muhaimin, ok.. tapi bila masa Ameer Luqman, playpen ni mula buat hal. Of course hubby lah yang berhempas pulas memasangnye. Tapi sian tengok dia buat sorang-sorang, aiii pun sama menolong la kann.. sudahnya, ku tetaskan kain playpen, baru dapat cari kat mana nak 'click' supaya playpen tu berdiri tegap. Jadi, beli saja lah yang baru..





Mungkin pada sesetengah orang, "elehh.. what's the big deal..".. but to me, IT IS a big deal..

WHY???

Dulu masa anak pertama & kedua, hubby & I couldn't afford to buy those things especially, yang nombor 2 & 4. They were WAYYYYY out of our budget. So we bought the cheaper one.. We hope they last longer tapi, tak.. Macam stroller, lama-lama alignment roda lari, macam troli kat Tesco ke yang rosak alignment roda lari tu, sakit hati k..

Alhamdulillah, jumpa biz nie, dapat lah beli.. nak harapkan duit gaji, memang tak boleh beli.. Dan memang pun, buat biz nie, niat nak buat untuk anak-anak & parents..

Ok, tetiba nak beli jugak sebijik dari sini..




Ngeee..


p/s: Saya akan kenang barang lama sampai bila-bila sebab dari situ saya sedar dari mana saya bermula.. :)

0 comments: