Hari Isnin, ialah hari motivasi.. selalunya orang akan berkata, "laaa.. sok dah hari Isnin.." atau pun, "Black Monday" segala-gala yang negatif biasanya akan keluar pada hari Isnin..
Kesian hari Isnin..
Dulu saya pun macam tu.. Dan sekarang, terbalik dah..! saya selalunya akan mulakan hari Isnin dengan semangat..! Kalau letih pun akan cuba bangun pagi dengan semangat..!
Saya ada sedikit perkongsian dari Irfan Khairi.. mudah-mudahan kita semua dapat pengajaran khususnya diri saya..
_______________________________________
-SALAH SIAPA-
Cuba kita jujur dengan diri kita. Di mana keadaan kita ketika ini? Ianya adalah salah kita.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kerja kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kewangan kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan hidup kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perniagaan kita, tentunya ianya salah kita.
Dalam apa sahaja yang terjadi, jawapannya tetap satu- di mana sahaja kita berada ketika ini, ianya salah kita.
Sekiranya keadaan kewangan kita teruk, ertinya kita yang teruk dalam mengurus kewangan. Sekiranya pendapatan kita teruk, ertinya ilmu, skill dan kebolehan kita adalah teruk. Sekiranya perniagaan kita kini teruk, ertinya kita seorang usahawan yang teruk.
Pahit, tetapi benar. Lain kali kita menghadapi apa sahaja masalah, siapa yang kita harus persalahkan? Orangnya ada di depan kita apabila melihat cermin.

_______________________________________
p/s: Dr Fadzillah Kamsah kata, "Kalau kita kaji diri kita, kita tak ada masa nak tengok salah orang lain".