ALLAH BAGI LOAN, KITA KENA BAYAR BALIK..


Pesan mama saya.. bila Allah bagi rezeki, kita jangan lengahkan solat & jangan lupa menderma.. Kita senang, rezeki datang mencurah-curah semuanya kehendak-Nya..

Baik mama.. Along ingat pesan mama sampai bila-bila..

Hari ni nak saya nak share satu kisah.. Dapat dari blogger Filla..

_______________________________________________


Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..

anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya


-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-


-Talib sentiasa ada disisi isteri-


Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..


-Talib bersama Rafiq-


-tangan Norma yang lebam-


-gambar terkini baby Rafiq-


Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....

_______________________________________________

Ini yang terjadi dalam realiti kehidupan.. Ada yang bernasib baik, alhamdulillah.. ada yang gembira, alhamdulillah.. ada yang sihat, hargailah.. punya keluarga yang bahagia, alhamdulillah..

Tapi jangan kita lupa pada yang susah.. pada yang kurang bernasib baik, pada yang sakit menderita, jom kita bantu sama-sama.. tak perlu banyak, ikut kemampuan kita.. InsyaAllah niat yang ikhlas, Allah balas kita berganda-ganda..

Semua yang kita dapat, pinjaman sahaja..

Sebab tu..

ALLAH BAGI LOAN, KITA KENA BAYAR BALIK..

*ingat mengingatkan sesama sendiri.. terutama diri yang menaip ni..




SIAPA KATA..?????


Haaa..!!

SIAPA KATA LELAKI TAK BOLEH JUAL BAJU DALAM PEREMPUAN..????

Ni buktinya..!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tahniah kepada CDM Razali..!

Kalau nak tau, lelaki jual Premium Beautiful lagi senang dari perempuan..

Ada lah cara macam mana.. of course tak boleh reveal kat sini kan..

And of course bukan diorang yang pakaikan Premium Beautiful pada customer..

Ada lah caranya..

Apa nak malukan jual baju dalam perempuan, betul tak?

Ada isteri, ada adik beradik perempuan, tapi kalau belum kahwin & tak ada adik beradik perempuan, kang ada ibu?

And of course, lumrah hidup, Allah jadikan orang lelaki pasangannya perempuan.. jadi mesti lah nak cari suri hidup yang sihat, cantik & menarik.. betul tak abang-abang kat luar semua..??

Bak kata CDM Razali, "kereta kita servis setiap bulan, belum rosak, tapi dah cukup masa, servis.. kereta ada spare part.. tapi isteri tak ada spare part nak ganti".
* lebih kurang begitu lah ayat Raz.. tapi mesejnya begitu lah..


CDM Razali cakap, terima kasih kat wife dia, Hanis Haizi sebab kalau dia tak bertindak buat biz ni kalau tak, mungkin kehidupan mereka takkan jadi seperti hari ini..


CDM Abg Lan & CDM Razali..


Maju bersama kumpulan..!


Last but not least, Tahniah pada Hanis Haizi sebab dah melahirkan seorang lagi bintang baru tahun 2011..!!

Pegang pada prinsip ni;

Ilmu + Rujuk + Tindakan = KEJAYAAN






Day 1 - Hooorayy in Hong Kong..!


Memang wave Hong Kong tak habis lagi..! Ehehe.. baru seminggu balik, tapi terasa macam baru semalammm je kat Hong Kong.

Punya lah teruja sampai sekarang bahang panas Hong Kong tak habis lagi. Dan tambah pulak lagi bahang nak ke Holland & Belgium..!

Day 1 in Hong Kong, kami semua pakai baju warna hijau, green lantern katanya.. Honestly, I only now dark green, light green.. itu saja.. tapi dah join biz nie, knowledge pasal sume-sume tu up la skit.. skit skit belajar.. eheheh.. terima kasih kat CDM Hanis Haizi la kann... kalau tak, aku ketinggalan lagi ler..

Ehehhe..

Seawal pukul 6pagi kena ada kat KLIA. Nak check in baggage..


Bag baru ku sama dengan CDM Hanis Haizi punya.. ekekeke.. duplicate abiss.. tak sengaja actually, tapi apa salahnye kan? eheheh..



Madam, dengan orang yang banyakkkk bantu saya, layan kerenah saya.. Thank you madam..! Tapi madam tak pegi trip dengan Flight A.. huhuhu..



Yahooo...!!! Kali ni melancong tak keseorangan..!!!



Ceria..!


Dengan mentor kami, CDM Hanis Haizi..



Bag dah check in, breakfast pun sudah, now masa untuk cop passport..!!!!!





Oh yeah.. kami nak keluar negara, FREE PUNYA. :D



Charlie's Angel.. ahahah!! Apa-apa je lah mak-mak orang ni..



Sempat lagi tinggalkan amanat pada rakan-rakan kongsi & balas mesej prospek.. :D


Journey took about 3 hours 15 minutes.. lebih kurang la.. tapi kan, saya trus tido.. ahahha!! lepas makan je trus ZZZZZZ.. bateri kena charge, sebab sampai Hong Kong nak kena be energetic..!


Here we are..!!!


Rasa macam nak jerit, "Finally, I am in Hong Kong..!!!!"


CDM Raz.. fresh from the oven lagi tuu.. heheh


Tengah gather-gather nak ke bas.




I was soooo impressed to see the high rise building..


Sampai-sampai je hujan.. lebat juga.. tapi tak bermakna aktiviti sume kena stop.. payung ada.. sinsing seluar skit.. then jalannn..

Tempat pertama pegi Ladies' Market.. apa yang menarik kat sini, baju tradisional orang Cina, bag-bag, kasut, flip flops, souvenirs, t-shirts..


Saya dah tukar dari boots ke flip flop sebab kuku saya cagu, dan jadi sehari sebelum pegi HK.. tak sempat nak buat apa-apa.. jadi sepanjang di HK, saya berflip flop saja..

Travelling in style abis kan?

Kekekek..


Pilih jangan tak pilih.. dan tawarrr jangan tak tawar..


Pastu kami dinner.. makanan India.. lapar btul time ni, bedal semuanya..



Lepas tu kami trus ke Avenue of Stars.. tengok tongkang Cina yang klasik tu.. memang itu yang ditunggu-tunggu.. memang takkan dapat tengok kat tempat lain, melainkan di Hong Kong saja... dah ada peluang, tak boleh lepaskan..! :D

Kami bergambar, menikmati pemandangan Hong Kong waktu malam.. memang cantik.. dia bukan lah hutan rimba, ada pokok-pokok.. tapi cantik sebab lampu-lampu dia.. dan amik udara segar tepi laut & tambah lagi udara bersih sebab hujan lebat sebelum tu..

Dan masa tu ada diorang tengah buat persiapan untuk Dragon Boat Race..







Sonok sangat korang ada skali..



And of course lah super duper seronok bila cik abang ada kan.. hehehe.. aww.. mmuah!

Dah masuk 5 tahun kami kawin, ini lah first time we all honeymoon.. Saya kawin masa belajar.. husband keje sorang, then terus ada baby.. memang tak da duit extra nak honeymoon..

Tapi takpe.. biarlah lambat pun kami honeymoon.. biarlah kami ada 2 anak pun, tapi kami aim memang satu hari nanti nak pegi honeymoon..

Alhamdulillah dapat jugak..

Kiranya ni hadiah birthday abang lah ye..! ehhehe..


Orang tengah kemaruk dengan DSLR baru.. takpe.. janji abang bagi kita buat biz yee.. eheheh..
(dulu dia tak bape supportive tau.. saya tunjuk bukti, baru dia senyum lebauuuu... ehehe)






Konon nak bergaya ala model.. cun ke tak cun ke belakang cita.. kat Malaysia segan nak buat, kat oversea, tak da sapa peduli.. ehehe


Cantik kan..?







Bergaya ala diva la konon.. ahahah!!


Lepas tu hujan selebat-lebatnya..! We all trus lari cari tempat teduh.. ada starbucks, panas kan badan skit.. sementara tunggu kul 8.30pm untuk Big Bus Tour..




Updating..


Like I said, hujan lebat tak stop kan tour.. apa lagi pakai baju hujan lah.. tak kira lebat, duduk je lah kat atas tu. Raincoat provided.. so, enjoy je lah..! Bukan selalu kan?

Betul lah kata pepatah.. luas perjalanan, jauh pemandangan, luas lagi knowledge.. :D



Ohhhh..!! Perasaan masa ni tak keruan.. eheheh..


Lepas kami tour about 1 hour, masa untuk rehat..! Balik ke hotel.. sampai-sampai je luar hotel, whoaaaa..



Habit saya bila ke hotel, mesti nak tengok toilet.. bukan katil, bukan tv, bukan meja solek..

Skali lagi saya, WHOAAAA...


Tengok cita Kyle XY, dia tido dalam bath tub ni.. ehehe..





Whoaaa kan? Bak kata ada peserta lain tu, "Bilik air tak da dinding..". Berdekah-dekah kitorang satu meja gelak..! hahahah!!!





HKD2600 per night..



Ops..! Bak kata Sha.. Kata Hanimunnn.. ekekek.. Ampun nyahh.. mak pinjam nyahh.. kekek..

Haaa.. rasanya cukup lah gambar-gambar tu untuk day 1..

Sedikit info yang saya masih ingat.. kami semua team baju warna hijau..

Judy, out tourist guide kata, "waaa.. semua hijau.. orang Cina kata, warna hijau, warna kekayaan.."

:D

p/s: bukan percaya, khurafat namanya, tapi I always take it as a motivation, senang cita, kata-kata itu buat drive saya ke arah itu..

Tungguuu... for the next entry..!
-Day 2 : Blue-