Bila duduk seorang atau driving seorang, cepat lah kepala ni rewind balik semua perkara.. especially about business.. saya akan teringat macam mana saya bermula dari bawah seorang di Johor dengan bantuan or full back up dari leader CDM Hanis Haizi di KL..
Bermula dari situ saya belajar untuk mengubah diri, belajar untuk adapt perubahan pada hidup ni yang, "aku dah ada part time business sekarang ni". Memang satu yang luar biasa lah pada saya, sebab mulakan benda yang tak pernah saya buat & tak pernah terfikir. Saya sedar kejayaan business saya tu semuanya terletak di tangan saya, sebab saya boleh pilih, nak jadi seperti Hanis Haizi ataupun nak 'hanyut ke laut'.. Tapi saya sedar kelebihan saya.. Saya ada leader yang super best yang akan guide all the way.
Jarak jauh antara saya dengan Hanis Haizi, memang masalah. Sama jer dengan perkahwinan jarak jauh, sambung belajar jarak jauh.. siapa suka yang berjarak jauh ni kan? Kenapa? Sebab tak dapat nak selalu jumpa, bersua muka, nak mengadu domba pun susah, memang istilah "A Shoulder To Cry On" tu tak ada dalam istilah sepanjang buat business, tapi yang ada, tukar tempat sikit, "An Ear To Cry On" atau "A Cellphone To Cry On".. Hahaha!! Lawak jer..
Betul lah bila pakar psikologi, pakar motivasi berkata, "Kalau fokus pada masalah, memang dapat masalah". Tapi bermula dari detik saya join dengan Hanis Haizi, saya janji pada diri sendiri, "Cari Peluang Dalam Masalah".
Apa yang saya nampak dalam masalah saya ni?
Johor ni ibarat hutan dara dalam dunia business ni. Memang ada yang buat, tapi guna produk lain. Dan kumpulan lain tu memang very well known in Johore. TAPI ADA SAYA KISAH??? Sebab saya gunakan produk lain iaitu Premium Beautiful. Fikirlah seorang diri, Johor ni negeri kedua terbesar dalam semenanjung. Jadi bilangan orang perempuan pun sama padan lah dengan saiz negeri ni. BINGGO..!! Dah nampak satu peluang, terang lagi nyata. Now, tell me.. perempuan mana tak ada atau tak pakai bra? Semua pakai?
Terus terang, kawan-kawan yang saya selalu keep in touch adalah kawan-kawan office saja. Sebab jauh, saya tak sempat nak berjumpa dengan kawan-kawan lama, walaupun saya nakkk sangat jumpa bila tengok diorang selalu berjumpa. Orang selalu kata, nak buat business macam ni, kena ada ramai kawan. Tapi saya, Hanis Haizi, dah buktikan.. Tak ramai kawan pun boleh buat business sampai jadi dan makin menjadi-jadi. Alhamdulillah. In fact, kami dapat ramai kawan sejati bila buat business ni. Kawan yang positif, kawan yang sentiasa berikan moral support, kawan yang berikan idea, berkongsi rasa hati, semua ada. Bukan ada sesetengah kawan yang menikam diri kita dari belakang.
Seronoknya saya berada dibawah Hanis Haizi, sebab idea dia baru. Fresh. Dengan mudah saya dapatkan kawan-kawan baru HANYA MELALUI INTERNET. Memang tak mustahil. Betul lah cakap leader otai dah buat business ni dari tahun 2003, CDM Siti Rohana, nak berjaya dalam business ni tak susah. FOLLOW THE LEADER.
Memang saya mulut becok, tapi bila cakap pasal berniaga ni. Saya lah orang pertama LARI..!!!! Bayangkanlah, mak saya suruh jual kain kat office pun saya banyak kali menolak, perasaan masa tu, "Hish.. nanti orang kata aku ni dah macam tak da duit sangat nak buat business". Padahal, memang tak da duit sangat pun. Egonya saya.
Sebelum saya dapat rentak atau gaya bercakap saya bila present marketing plan pada client, saya memang TIRU BULAT BULAT gaya Hanis Haizi cakap. Kat bahagian mana dia angkat tangan, saya angkat tangan.. Kat bahagian mana dia tekankan sikit suara dia, saya ikut.. Kat bahagian mana dia angkat kening, pun saya ikut, cuma ikut kening belah mana yang saya boleh angkat lah kan.. kekeke..
Berkat hasil ikut cakap Hanis Haizi, income saya dalam business ni bermula RM3,000.. sekarang ni saya pegang income secara konsisten 5 angka. Biasanya gaji 5 angka ni kalau sektor kerajaan, JUSA C paling minimum sekali. Pencen pun gaji penuh, 5 angka, dapat maid, dapat driver. Kalau private sector, kena jadi Manager, boleh lah pegang 5 angka. Itu pun ikut company kan? Kalau jadi Manager di giant companies, memang 5 angka. Kalau jadi Manager di company biasa, tak sampai pun 5 angka.
Tapi dengan business ni, buat secara PART TIME, 2 jam 1 hari, alhamdulillah saya pegang income 5 angka, dah pergi 2 buah negara, sepatutnya tahun depan bakal pergi ke 2 negara, Holland & Belgium, tapi apakan daya, suratan takdir, saya bersalin masa tu. Dah tukar kereta idaman, dah bertambah saving kalau dulu saving tu kais bulan, makan bulan.
Bukan bercakap besar, tapi berkongsi macam mana saya jadi transformers.. Ops..! Saya buat transformasi dalam hidup saya.
Impian memang boleh jadi realiti.
Alhamdulillah, dari Sales Manager (SM) sekarang dah berada di tahap Double Diamond Manager (DDM). Tinggal 1 tahap saja & tinggal sikit lagi nak tunggu masa dinobatkan pencapaian tertinggi iaitu Crown Diamond Manager (CDM). Dan paling istimewa, yang selalu disebut oleh CDM Hanis Haizi & CDM Kak Siti Rohana, "Bila sebut je kumpulan di Johor, mesti orang dah tau bawah pemimpin siapa.. CDM Fazi dari Johor". (ok.. saya tau saya kena lah jadi CDM dulu kan.. alaa.. kasi chance la berangan sekejap.. saya pun mula dengan berangan.. ekekek).
Ya Allah masa Hanis & Kak Ana sebut tu, saya boleh feel... saya boleh rasa aura tu masuk dalam jiwa saya. Meremang bulu roma saya. Even masa menaip ni pun saya boleh feel.. Terngiang-ngiang di telinga saya setiap waktu apa yang Hanis & Kak Ana cakap pada saya. Pada saya, itu lah antara pencapaian terbesar dalam hidup saya. Dan pada saya, itu adalah PERMULAAN kepada pencapaian besar yang lain. Sebab kejayaan bukan lah satu destinasi. Kejayaan adalah satu perjalanan.
Sebagai orang Muslim, kita tak boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada.
Sebab itu lah, Saidina Ali berkata, ‘Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam. Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam’.
Rasulullah & para sahabat memanfaatkan masa kehidupan mereka dengan berpegang pada prinsip, ‘Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Hari esok mesti lebih baik dari hari ini. Kita beruntung sebab tinggal ambil saja motivasi itu.
Vision saya masa mulakan business ni, saya berazam, di setiap daerah dalam negeri Johor, mesti ada sekurang-kurangnya wakil dari kumpulan saya. Bak kata Warren Buffet, ""I always knew I was going to be rich. I don't think I ever doubted it for a minute". Dan benar, saya tak pernah ragui apa yang saya impikan.
Alhamdulillah, baru-baru ni, CDM Hanis Haizi & CDM Razali datang ke Johor berjumpa dengan rakan-rakan kongsi di sini. Mula-mula ingat nak buat macam biasa. Cari classroom. Tapi tak jumpa, sebenarnya saya tak tau... eheheh..
Dengan bantuan orang kuat saya masa tu, DSM Hanie, kami berjaya anjurkan Mini Seminar "Kejayaan Bersama Kumpulan" di Mutiara Hotel, JB. 30 orang rakan kongsi hadir & ada sebahagian lagi yang tak dapat hadir sebab ada masalah tertentu. Kalau tak mau 60 orang. Terima kasih tak terhingga kepada yang hadir. Fazi tau, you all semua nak berjaya macam Hanis, jadi Fazi sediakan tempat yang selesa untuk you all timba ilmu dari leader kita.
Setelah menaip dengan panjang & lebar, jom enjoy the pictures.
Saya pilih tema ni sebab saya inginkan begitu. Kejayaan seorang pemimpin ialah kejayaan rakan-rakan kongsi.
Gadis-gadis registration.. ehehe..
Our MC, Zurai.. selama jadi cikgu tak pernah dilantik jadi MC, haaa.. meh I lantik jadi MC.
CDM Hanis.. muka berlagak ker? Heheh.. acah jer CDM..
CDM Razali, serious kelakar leader sorang ni..
Dulu seorang jer.. sekarang.. saya dah boleh senyum.. :) Tapi belum lebar lagi la senyum..
Ucapan kata aluan..
Perkongsian ilmu dari CDM Hanis Haizi
Kata-kata semangat & nasihat dari CDM Razali
Bakal DDM Dura
Terima kasih semua..! InsyaAllah Fazi akan mulakan kelas tak lama lagi.
:D
1000 perjalanan dimulakan dengan langkah pertama..
Nak turut serta..?
Nak jadikan impian jadi realiti..?
Call me
Fazi
019-6037423
or






















