Dah tahu berita ni awal lagi, tapi feeling tu lain bila tengok, tatap, baca surat ni..
Surat ape?
Surat hutang confirm muka monyok.. ehehe..
Fazi dapat surat ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terbaru, surat melancong secara PERCUMA ke Vietnam selama 4 hari 3 malam..
Dua bulan yang lepas Fazi dapat surat melancong juga secara PERCUMA ke Holland & Belgium selama 7 hari 4 malam.
Fazi memang tak dapat pergi ke Vietnam sebab dah dekat dengan due & ke Holland & Belgium Fazi masih dalam pantang.
Tapi tak apa, buat tetap buat, dapatkan tiket mesti kena dapat, sebab ada banyak yang tersirat di sebalik melancong ni.. Bila qualify melancong, bermaksud income lebih besar, dapat naik pangkat, dapat segala macam insentif dari syarikat contohnya tabung kereta..
21 April 2012 ni ada majlis penganugerahan untuk Diamond ke atas.. kali ni Fazi naik pentas untuk Double Diamond Manager (DDM) & Tabung Kereta.
Sejak dari awal buat Premium Beautiful business, Fazi memang tak pernah miss event company sebab Fazi seronok tengok kejayaan orang lain. I really admire them and I want to be like them..! Fazi selalu fikir, kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh?
Sekarang ni, bila dah sampai tahap ni, memang mimpi jadi realiti.. dulu tengok je orang naik pentas, pakai baju cantik-cantik, ambil award tabung kereta pegang kunci kereta gergasi yang menunjukkan kereta yang diorang ada, bukan dibayar guna duit sendiri, tapi company yang bayar. Tapi sekarang, giliran Fazi pulak merasa semua tu.
Ambil award untuk Diamond Sales Manager tahun lepas then tak lama lepas tu naik ke Double Diamond Manager. Tapi celebration dibuat tahun ni.
Ramai yang bertanya pada Fazi, macam mana Fazi boleh buat Premium Beautiful business ni sampai ke tahap ni dengan ada pekerjaan tetap? Pun ramai yang bertanya, Fazi jauh sangat dari leader, nun kat Bandar Penawar, Johor tapi macam mana Fazi boleh buat Premium Beautiful business sampai ke tahap ni? Fazi senyum dulu lah sebelum jawab..
Simple saja..
Orang mungkin kata cliche, tapi sebenarnya apa yang Fazi pegang pepatah Melayu, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih".
Dulu-dulu masa Fazi belajar di Uni, ada seorang Prof Madya (PM) ni, Dr N namanya.. Ada satu masa dalam kelas dia sebut, "You all tau gaji PM ni berapa?".. kitaorang semua satu kelas tunggu je jawapan dari Dr N. "Gaji PM RM15,000..". Masa tu Fazi tersedak la & berfikir, "alamaakkk aku nak kena study sampai Phd ke nak dapat gaji banyak tu..". Dan mula lah plan bila nak sambung Phd..
Hajat di hati, memang dah bagitau husband pun, lepas 5 tahun kerja nak sambung Phd. Yes, niat Fazi untuk sambung Phd adalah untuk dapat pendapatan lebih besar, bukan nak jadi pakar dalam bidang tu.
Jadi dipendekkan cerita, sebelum sampai 5 tahun tu, Fazi dipertemukan dengan Premium Beautiful business. Buat punya buat, memang tak da toleh ke belakang, fokus apa yang Fazi nak, ALHAMDULILLAH, income Fazi melebihi figure yang Dr N sebut & yang bertambah seronok, sebelum usia 30 tahun dah dapat pendapatan 5 angka setiap bulan.
Masa tu Fazi baru sedar..
"Aku tak perlu harapkan orang lain untuk dapat income besar."
"Aku tak perlu belajar sampai ke Phd untuk dapat 5 figure income. Buat research bagai nak rak."
Jangan salah faham, Fazi sangat salute dengan orang yang gigih sambung belajar.
Nasihat Fazi, kalau kita sambung belajar Master & Phd untuk dapatkan knowledge, untuk jadi pakar dalam bidang tu, Fazi support 1000%.
Tapi kalau sambung belajar Master & Phd dengan harapan nak naikkan income, Fazi suggest, buat lah Premium Beautiful business.
KENAPA?
Sebab..
Dalam tempoh kurang 1 tahun dapat macam-macam, di antaranya:
1) Dapat pegang income 5 angka setiap bulan. Dalam tempoh 6 bulan boleh dapat. Ramai dah buktikan.
2) Dalam tempoh 4 bulan dapat pergi melancong secara percuma.
3) Dapat tukar kereta idaman
Disebalik point di atas, apa yang penting..???
Melalui Premium Beautiful business, untuk capai matlamat & impian hidup kita, tak perlukan masa yang lama.. dalam tempoh 1 hingga 2 tahun saja. Kalau nak dibandingkan sambung belajar ke peringkat master & Phd & bila dah berjaya dapat, kena konsisten buat research 10-15 tajuk dalam setahun, baru dapat income macam Dr N.
Sangat menjimatkan masa..!
Tapi Fazi nak highlight sekali lagi, kalau memang niat nak sambung belajar untuk menjadi pakar, teruskan usaha you all..! Income yang you all dapat berbaloi dengan usaha you all sebab itu impian you all.
Hidup kena ada impian. Bila kita tahu impian kita, kita tau macam mana nak planning untuk capai impian kita.
Impian Fazi bila mula dalam business ni, Fazi nak ada brand sendiri di Johor, iaitu ingat Premium Beautiful Johor ingat network Fazi..
Sebahagian kecil dari kumpulan Fazi di Johor. Itu pun ada yang tak datang atas sebab-sebab mereka & ada juga yang dah balik masa bergambar ni.. Asalnya nak buat gathering kat kedai makan, tapi dah jadi mini seminar..
p/s: bukan sebab Fazi orang Johor, Fazi orang Shah Alam.. tapi nampak gaya sejak menetap di Johor ni, rezeki Fazi makin murah. Alhamdulillah.. dulu merungut duduk jauh dari keluarga kat Shah Alam, tapi sekarang dah faham aturan Allah untuk Fazi.. semoga Fazi jadi insan yang lebih bersyukur..
Contact me anytime..
Fazi
019-6037423



















